Assalamualaikum! Dalam keadaan sekarang dimana satu dunia menghadapi wabak Covid-19 ini, banyak benda yang aku dapat pelajari dari semua ini. Walau pelusuk mana sekalipun kau pergi, kau tetap kena bersyukur dilahirkan sebagai rakyat negara ini.
Kadang-kadang aku terfikir, apa guna label negara maju kalau pemimpinnya tak cakna kebajikan rakyat. Walaupun negara kita bukan negara maju, tapi kerajaan kita sentiasa mengutamakan rakyat. Walaupun PKP dilaksanakan, walaupun kita mempunyai kekangan untuk keluar bekerja mencari rezeki, tapi kerajaan tetap membantu sedaya yang boleh untuk memastikan rakyat cukup keperluan dalam waktu serba mencabar seperti sekarang.
Aku bukan nak 'menjilat' sesiapa, tapi bila siang tadi tengok berita luar negara, bagaimana sebahagian rakyat US yang memprotes di jalanan kerana kerajaan mereka melaksanakan 'lockdown' walaupun satu dunia termasuk rakyat mereka sendiri tahu bahawa US merupakan negara tertinggi di dunia yang mencatatkan kes Covid-19 dan kematian. Aku rasa bersyukur bersyukur bersyukur dilahirkan dan menjadi rakyat Malaysia.
Kesian frontliners mereka disana, nampak gayanya kes Covid-19 di sana mungkin akan meningkat lebih teruk apatah lagi bila mereka berkumpul beramai-ramai tanpa social distancing. Mereka seperti tidak bersatu hati dan hanya melaungkan hak kebebasan untuk keluar bekerja dan hidup seperti biasa. Bila pemimpin dan rakyat tidak sehati sejiwa, inilah yang kita dapat lihat.
Semalam aku ada tengok satu video seorang jururawat dari New York menangis kerana tak dapat menahan sedih melihat kematian bertalu-talu di depan mata. Kalau orang awam tak beri kerjasama dan tak endahkan perintah berkurung, bayangkan berapa ribu lagi rakyat mereka yang akan jadi mangsa Covid-19.
Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia sangat sangat berterima kasih pada kerajaan dan team KKM serta frontliners seluruh negara yang sangat komited menjaga rakyat luar dan di dalam negara. Rakyat Malaysia juga sangat baik patuh pada PKP dan tiada protes memprotes seperti ini. Mungkin ada satu dua perkara yang tidak sempurna di mata kita, tapi percayalah situasi kita jauh lebih baik dari mereka di luar sana.
Love,
Hanim
No comments:
Post a Comment