Assalamualaikum! Syukur alhamdulillah kes baru Covid-19 dalam tiga hari berturut-turut ni ada penurunan. Perkembangan yang cukup memberangsangkan walaupun kita belum boleh lagi menarik nafas lega.
Dr. Hisham cakap walaupun tiada lagi kes baru dan PKP ditamatkan, kita tetap perlu hidup dengan 'New Normal' iaitu tiada bersalaman, tidak berkumpul secara beramai-ramai dan jaga penjarakan sosial sehingga vaksin Covid-19 berjaya dihasilkan.
sumber : malaysiagazette
Kini, ujian saringan Covid-19 juga turut diwajibkan pada penghantar makanan. Ye la diaorg juga antara golongan yang mudah terdedah dengan Covid-19, kena la prihatin dan jaga kesihatan mereka dan pelanggan juga.
Seronok tengok diaorg beri kerjasama pada pasukan kesihatan Covid-19. Harap dapat beri motivasi pada yang lain untuk turut beri kerjasama yang sama pada frontliners kita.
Kita belum kalah, kita juga masih belum menang. Kita perlu terus berjuang. Moga Allah permudahkan..aamiinn.
Love,
Hanim
No comments:
Post a Comment