Assalamualaikum! Syukur alhamdulillah Perlis dah diumumkan sebagai zon hijau hari ini. Semalam Pasar Besar Selayang dikenakan PKPD selepas mencatat kes Covid-19. Tentera telah dikerahkan pasang kawat duri keliling kawasan sama seperti di Royal Mansion dan Malay Mansion.
First, kena ingat satu benda. Kad UNCHR tu hanya terpakai di pintu imigresen je, bukan lesen untuk dapat hak keistimewaan di negara ini.
sumber : fb KMNH
Baik sungguh Malaysia ni, siapa saja masuk kita terima kecuali Israel. Tak boleh tengok orang susah sikit mesti nak tolong. Tambah kalau seagama lagi kita berlumba-lumba, sedih sampai menangis-nangis buat lagu. Tapi bila diaorang dah selesa kat sini, mula tunjuk 'belang'.
Sebagaimana bangsa-bangsa lain yang beri masalah, diaorang ni pun tak semua yang 'busuk'. Ada je yang aku kenal baik budi pekertinya. Tapi sudah-sudahlah....cukup-cukuplah tu terima warga asing masuk dalam negara kita. Waima pelarian UNCHR sekalipun. Sekarang ni, keutamaan kita adalah kemaslahatan rakyat Malaysia yang perlu dilindungi. Apatah lagi matlamat kita nak kekang wabak Covid-19 dari luar masuk ke dalam negara.
P/S: Kita pernah menerima pelarian Bosnia dan Palestin di negara kita, tapi mereka tak pernah menuntut hak keistimewaan melainkan perlindungan sementara. Kini, Bosnia sudah bebas merdeka dan Palestin masih berjuang mempertahankan negara mereka. Itulah pejuang sejati.
Love,
Hanim
No comments:
Post a Comment