Assalamualaikum! Sepanjang tempoh PKP ni, macam-macam ragam macam-macam pesen perangai baik dari warga asing mahupun dari orang tempatan yang dibongkarkan.
Yang ingkar PKP satu hal. Yang menghina frontliners satu hal. Yang minta layanan 'first class' dari kerajaan satu hal jugak. Yang demand nak lebih pun isu tak setel lagi. Tup tup aku terbaca pasal seorang pesakit Covid-19 warga emas yang sepatutnya dah discharge dua hari lepas tapi meninggal dunia di hospital.
Yang buat aku sedih tu arwah dah disahkan negatif Covid-19 selepas buat ujian swab. Pihak hospital call waris untuk datang ambil arwah tapi.... Allahuakbar ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
sumber : fb
Paling menyayat hati ni, hari-hari arwah tanya anak dia ada call ke tak. AstaghfirullahalazimðŸ˜ðŸ˜ pilu rasa terhiris hati. Teringat abah kat kampungðŸ˜
Tak tahulah apa masalah dengan orang kita ni. Orang lain takda mak ayah begitu rindu berharap diaorng ada disisi anak-anak. Tapi yang ada mak ayah tak hargai bila diaorang masih ada depan mata.
Akhirnya bila dia dah betul-betul pergi meninggalkan kita, baru kita tahu langit tu tinggi rendah. Menangis meraung pun tak guna sebab tahu betapa besarnya dosa mengabaikan diaorng. Hatta kalaupun mak ayah tu dah ampunkan dosa anak, tahukah kita? boleh tenteramkah jiwa kita sepanjang hayat? ya Allah...aku pun jadi sedih baca cerita tentang arwah ni.
Moga roh pakcik ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Salam takziah buat keluarga arwah.
Al fatihah (dibaca)
Wallahualam,
Hanim
No comments:
Post a Comment