Assalamualaikum! Hari ini hari terakhir fasa ke-3 PKP. Kes baru Covid-19 hari ini pun terus mencatat penurunan dan banyak tempat sudah diumumkan sebagai zon hijau. Tapi ia bukan bermakna kita sudah berjaya melawan Covid-19 sepenuhnya dan bukan juga bermakna kita boleh keluar melakukan aktiviti seharian seperti biasa.
Selagi vaksin Covid-19 tidak dihasilkan, selagi itulah kita tidak boleh menjamin bahawa kita telah menang melawan Covid-19. Hatta kalau kita sudah pulih sepenuhnya pun, negara-negara jiran kita seperti Thailand dan Singapore masih dalam tempoh PKP dan melanjutkan PKP sehingga bulan Jun.
Semalam dua lagi pasar basah di PJ diarah tutup sebab ada peniaga disitu disahkan positif Covid-19. Satu kat pasar Taman Megah SS24 dan satu lagi pasar Jalan Othman (PJ Old Town).
Kalau korang ada pergi beli barang di pasar basah Taman Megah SS24 dari 11 April hingga 25 April 2020 sila isi borang saringan kontak Covid-19 di SINI dan kalau korang pernah pergi pasar basah PJ Old Town (Jalan Othman) dari 15 April sehingga 18 April 2020 boleh isi borang saringan kontak Covid-19 di SINI.
Tolong tampil diri dan beri kerjasama jika korang ada pergi salah satu atau kedua-dua pasar basah yang aku sebutkan tadi. Kalau korang tak tampil ke depan dan positif Covid-19, lagi teruk kesannya pada ahli keluarga yang lain nanti. Better pergi cek dan buat ujian saringan untuk pastikan korang negatif.
Hanim
Semoga keadaan kembali pulih seperti biasa..
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz
https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1