Breaking

Thursday, April 30, 2020

Fasa 4 PKP | Hari ke-44


Assalamualaikum! Hari ke-44 PKP, ni kalau dalam berpantang dah boleh 'merdeka' dah ni haha. Boleh makan macam biasa dan keluar rumah. Tapi sayang, kita semua perlu 'berpantang' keluar rumah untuk dua minggu lagi. Kelmarin kerajaan beri kebenaran boleh keluar dua orang sekali. Dalam isu ni banyak pendapat berbeza, ada yang setuju ada yang tidak setuju. Yang memerlukan keluar dua orang sekali atas sebab-sebab munsabah dan keperluan mendesak boleh je diterima.

Tapi ada juga yang tidak setuju kerana menjadikan keadaan sesak dalam pasaraya/kedai dan sebagainya. Apapun, kedua-duanya ada asas dan perlu dipertimbangkan. So, nak selamatkan diri kalau nampak tempat tu ramai orang jangan lah masuk. Larilah pergi tempat lain.

Anyway, alhamdulillah Kedah dah diumum sebagai zon hijau hari ni. Nampaknya ada perkembangan positif setiap hari. Cuma setiap hari ada je kes baru dan hari ni catat 2 kematian. Moga lebih banyak lagi tempat tiada kes baru Covid-19 dan diisytihar zon hijau.




Hari ni aku terjumpa gambar dan video yang dikongsikan oleh hamba Allah yang aku dah lupa namanya. Apa-apa hal kredit pada tuan punya gambar dan video yang aku screenshot ni ye.

Inilah lambakan barang yang kita order online. Dari Shopee la, Lazada la dan segala macam jenis platform beli belah atas talian. Kalau korang beli barang guna poslaju dan barang masih belum sampai, mungkin disinilah barang korang 'beristirehat' sebentar.






Maka benarlah bila mereka kata ada 700+ parcel setiap hari yang dihantar kesini. Dengan tenaga kerja yang sangat sedikit (aku tengok berapa kerat je orang dalam video) tengah sorting barang masuk dalam lori, tak hairanlah barang lambat sampai.

Lambakan parcel menggunung tu takkan boleh setel dalam sehari kot. Kalau macam ni punya penuh sampai nampak barang lebih banyak dari pekerja memang kita kena bersabar lah tunggu sehingga ia sampai.

Love,


Hanim

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.