Assalamualaikum! Kalau kau dah ada satu habit mengunyah ketika bekerja, memang susah nak hilangkan, betul tak hehe. Dia ada dua, tak berhenti bercakap dan tak berhenti mengunyah haha. Takyah cakap orang lain la, diri ni pun kuat mengunyah jugak.
Lalu macam mana nak kurus? macam mana nak hilang buncit di perut ni? paha pun dah takda 'social distancing' ni hahaha! Asyik mengunyah je, tapi itulah terapi kebosanan ketika bekerja. Ngadap komputer berjam-jam memang boleh buat kita lapar. Nak berborak pun orang opis hour semua work from home je time PKP ni.
So, jajan la jadi penyelamat di kala kesunyian haha. Minggu lepas bos besar dan bos kecik bagi duit suh beli makanan dan minuman untuk geng-geng syif. Alhamdulillah terima kasih bos! Mana lagi dengan makanan dari sumbangan luar sepanjang tempoh PKP dan bulan puasa nanti. Moga dimurahkan rezeki hamba-hamba Allah yang menderma.
Terhibur sikit tekak ni tengok pelbagai jenis kudapan ringan atas meja :p.
Terhibur sikit tekak ni tengok pelbagai jenis kudapan ringan atas meja :p.
Love,
Hanim
No comments:
Post a Comment