Assalamualaikum! Alhamdulillah walaupun kita berpuasa Ramadan di dalam suasana kemelut Covid-19 sehingga terpaksa berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dah masuk Fasa ke-3, namun umat Islam masih kuat semangat dan tak sabar nak hidupkan Ramadan di rumah masing-masing.
Terasa kelainan berpuasa pada tahun ini. Yang pastinya, kelainan ini bukan yang kita dambakan. Perubahan yang bukan kita impikan untuk tahun 2020. Jauh dari keluarga/suami/isteri/anak/cucu. Tiada kemeriahan suasana bazar Ramadan, masjid-masjid dan surau-surau tidak dapat diimarahkan dengan ibadah solat wajib, solat sunat Terawih dan qiamulail. Besar dosa kami ya Allah ....ðŸ˜
Bagi yang dapat berkumpul sekeluarga, mungkin tidak terasa sangat kekurangan itu. Masih boleh berjemaah bersama-sama, berbuka dan bersahur bersama. Selalunya setiap tahun hari pertama, mesti ramai yang ambil peluang untuk pulang ke kampung.
Tapi tahun ni tidak seperti itu. Tidak seperti yang dirancangkan sebab Allah Maha Merancang segalanya dan tiada lah daya kita untuk menidakkan. Bagi yang bujang dan jauh dari keluarga pasti ada sedih jauh di lubuk hati. Manakan mampu menahan rindu pada mak dan abah di kampung. Tapi itulah ujian untuk kita dan keluarga.
Yang penting kita redha dan kuat sehingga kita menang melawan Covid-19. Banyakkan doa di bulan paling diberkati, Ramadan al Mubarak insyaAllah dimakbulkan.
Salam Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua sahabat beragama Islam di seluruh dunia. Kita kuat kerana Allah ada.
Love,
Hanim
No comments:
Post a Comment