Assalamualaikum! Buat pertama kalinya dalam tempoh 16 hari kes baru Covid-19 hari ni catat sebanyak 105 kes. Dari 105 kes tu 94 adalah kes tempatan manakala hanya 11 kes import.
Kes baru hari ini didapati dari tempoh PKP 1,2&3 sebelum ini. Namun ini jelas menunjukkan bahawa kita masih belum bebas dari Covid-19. Penularan wabak dikalangan rakyat masih boleh berlaku.
Walaupun PKPB dilaksanakan namun PKP masih berkuatkuasa di semua tempat sehingga 12 Mei 2020. Bermakna Akta 342 masih berjalan seperti biasa. Kelonggaran diberikan pada sektor ekonomi dengan kepatuhan pada SOP yang ditetapkan oleh KKM.
Sarawak pula memutuskan untuk meneruskan PKP dan tiada PKPB. Langkah yang bijak.
Hanim
seriau laa. kan?
ReplyDelete