Assalamualaikum! Walaupun tak balik kampung, walau hanya beraya di rumah sendiri, baju raya mesti ada! Tahun ni bersempena Covid-19 dan kerana kena keja hari raya, maka fesyen baju raya tahun ni unik sikit.
Tahun ni adalah tahun yang paling banyak aku beli baju raya. Memang 'invest' betul dalam baju raya dan tudung raya. Cukup merbahaya shopping online ni kan hahaha, pantang klik je. Tapi aku bukan beli yang mahal-mahal, sekadar murah dan selesa untuk dipakai dirumah.
Bulan Ramadan rezeki untuk para peniaga online. Walaupun tak boleh buka kedai dan berniaga macam dulu kerana wabak Covid-19, tapi rupanya Allah nak bagi rezeki lebih lagi. Bukan saja untuk mereka tapi juga untuk pembeli macam aku.
Tahun ini aku beli baju kelawar! Ye la, dah tak beraya kemana hanya pergi balik kerja je maka duduk dirumah pun kita nak pakai baju kelawar baru jugak kan haha.
Lagipun tak dinafikan, macam-macam pilihan warna dan corak baju kelawar yang dijual di FB. Ada yang harga murah dan ada yang sedikit mahal bergantung kepada jenis kualiti kain, printed atau lukis tangan.
Dalam pada berpesan-pesan pada diri sendiri jangan terlajak membeli, berbelas jugak baju kelawar yang aku 'rembat' dalam online hehe, tapi yang aku punya 8 helai ni je la. Ok la tu, Malam raya sampai malam ke lapan raya berganti baju kelawar haha!
Love,
Hanim
No comments:
Post a Comment