Assalamualaikum! Minggu lepas ramai yang tak puas hati tentang kenyataan yang dibawa keluar oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung caj faedah yang bakal dikenakan pada peminjam high purchase (sewa beli kenderaan) konvensional dan shariah yang memilih moratorium selama 6 bulan.
Memang terduduk makcik kiah bila dengar pengumuman tu. Walaupun makcik kiah terima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tapi dua bulan je dan makcik kiah takda kerja tetap. Ansuran bulanan kereta pun tak lepas bayar, inikan pula caj tambahan.
Bila dah viral dan kecoh dan ramai yang tak puas hati, maka Kementerian Kewangan telah berbincang dengan wakil-wakil bank dan harini telah keluar kenyataan rasmi yang baru.
Alhamdulillah, Kementerian Kewangan dah beri kata putus bahawa kadar ansuran pinjaman tidak berubah. Ye la, waktu-waktu getir macam sekarang ni dengan ada yang dibuang kerja atau dipotong gaji sangat memerlukan moratorium untuk survive dan sementara mencari sumber pendapatan lain.
Diharap lepas ni, bank-bank jangan bikin makcik kiah and the geng sakit jantung lagi ye.
Love,
Hanim
No comments:
Post a Comment