Assalamualaikum! Kali ni resipi dari air tangan cik abg. Dua hari pertama Ramadan dia masak aku tak amik gambar, merajuk terus dia sebab aku amik gambar menu aku masak je hehe. Ok ok, kali ni aku share resipi terus kat blog! Lagi pun benda sedap, kena la share kan ;)
Aku kalau goreng ayam salut kunyit je. Yang simple. Tapi cik abg suka salut tepung la, rempah la. Itu style dia goreng ayam. Kali ni dia masak ayam goreng mamak. Sebiji rasanya macam kat kedai mamak!
Ayam Goreng Mamak
Bahan-bahan :
Ayam sebelah bahagian dipotong
7 sudu besar tepung jagung
7 sudu besar tepung beras pulut
7 sudu besar tepung gandum
Cuka sedikit (sesudu teh)
*Untuk dikisar
7 biji bawang merah
7 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji telur
3 sudu besar cili giling
Cara-caranya :
1. Kisar kesemua bahan bertanda *
2. Campurkan tepung jagung, tepung beras pulut dan tepung gandum dalam satu bekas berisi ayam yang telah dipotong kecil.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam bekas ayam dan gaul rata. Perap selama minimum 1 jam.
4. Panaskan kuali dengan minyak banyak. Goreng ayam sehingga masak. Siap dihidang.
Nak lagi best, perap lebih dari 1 jam memang rasa rempah dia menusuk hingga ke dalam tulang ayam. Resipi terus dari tuan punya badan ye hehe.
Selamat mencuba!
Love,
Hanim
No comments:
Post a Comment