Assalamualaikum! Semalam KP Kesihatan ada buat pengumuman tentang pemberian cuti rehat kepada petugas kesihatan selepas lima bulan bertugas tanpa henti sejak penularan wabak Covid-19.
MasyaAllah...lima bulan! Satu tempoh yang cukup lama namun mereka kuat bertahan walaupun diduga pelbagai kerenah dan cabaran. Penat jangan cakapla. Kita yang dah terkurung di rumah selama sebulan lebih ni pun dah jiwa kacau dek kebosanan.
sumber : HM
Tu belum lagi kira tak dapat berjumpa keluarga selama tempoh tu. Bayangkanla bagaimana mereka mengawal emosi dan kerinduan tak dapat berjumpa anak/isteri/suami/ayah/ibu/cucu tatkala menjalankan tugas merawat pesakit Covid-19.
Moga frontliners kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dapat bertemu keluarga yang dirindui.
Love,
Hanim
terima kasih frontliners
ReplyDeleteTerima kasih Frontliners. Kerana jasa dan pengorbananmu, kami selamat dan sihat di rumah. So, kita kenalah patuh arahan, #StayAtHome kalau tiada urusan penting
ReplyDelete