Assalamualaikum! Tak sabar nak tunggu pengumuman PM samada kita akan kena sambung PKP ke tidak selepas 12 Mei ni. Ada yang berpendapat PKP akan dan patut disambung. Apapun keputusannya, semua bergantung kepada perkembangan kes Covid-19 setiap hari, dan setakat ini kita berjaya mengawal penularan wabak virus bila kes baru hari ini masih dua digit.
Tapi orang kita memang agak payah nak amalkan norma baru bila berada di tempat awam. Kalau ada yang ikut pun, hanya dua tiga kerat je. Pakai mask memang semua pakai, tapi bersesak bersentuh berkerumun di satu tempat itu masih juga terjadi walaupun dah banyak kali disuruh jaga jarak sosial.
sumber : FB Dr. Hisham
Nasihat berkaitan COVID-19 :
1. Patuh kepada PKPB
2. Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
3. Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)
4. Mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.
5. Amat digalakkan memakai topeng muka dan hidung
Buat masa ni, kalau ada yang berhajat nak masuk shopping mall elokla ditangguhkan dulu. Kalau kita tak boleh berdisplin tak perlulah masuk tempat tertutup walaupun tak ramai orang tapi risiko tetap ada.
Kalau boleh beli secara online, belilah. Walaupun kerajaan dah benarkan PKPB, tapi ramai peniaga masih berniaga secara online terutama buat live di FB masing-masing dan group. Respon yang diperolehi juga memberangsangkan, ye la kita ni masih ada lagi yang duduk di rumah kan. Kalau buat live di FB, kita boleh buat live setiap hari tak perlu bukak kedai. Cara ni lebih selamat dan jimat.
Moga semua peniaga tak kisahla meniaga apapun janji halal, dipermudahkan segala urusan korang.
Love,
Hanim
No comments:
Post a Comment