Assalamualaikum! Sah PKPB akan dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Perjalanan rentas negeri masih tidak dibenarkan namun pergerakan dalam daerah yang sama dibolehkan. Bagi suami dan isteri yang tinggal berjauhan ketika PKP ini, mereka dibenarkan rentas negeri untuk pulang bertemu pasangan.
Terbaru, PKPD telah dilaksanakan di PJ Old Town membabitkan tiga zon. PKPD ini dibuat susulan kes positif Covid-19 yang dicatatkan di kawasan tersebut telah mencapai sebanyak 26 kes. Seramai 2900 penghuni yang terlibat dan proses saringan akan mengambil masa lebih kurang 10 hari.
Sementara itu, pekerja asing telah tampil membuat ujian saringan Covid-19 di klinik swasta. Kos saringan ditanggung sendiri oleh pekerja asing. Langkah ini diambil kerana mereka juga bimbang tidak dapat bekerja sekiranya didapati positif Covid-19.
No comments:
Post a Comment