Breaking

Monday, May 11, 2020

PKP 5 PKPB | Hari ke-55


Assalamualaikum! Walaupun kerajaan telah memberi kelonggaran membolehkan ziarah ke rumah sempena Hari Raya asalkan tidak melebihi 20 orang dalam satu rumah, janganlah kita menerimanya dengan mudah. Seperti yang disarankan oleh KKM, penjarakan sosial adalah matlamat utama kita dalam memutuskan rantaian Covid-19.

Justeru, KKM tidak menggalakkan pelawat datang ke rumah sempena raya ini. Dua puluh orang yang dimaksudkan adalah yang terdiri dari kalangan ahli keluarga sahaja. Bukan pelawat luar seperti jiran dan saudara mara. 

Isunya bukan nombor 20 orang, tapi isu dia adalah 20 saudara-mara. Kalau kita lihat, garis panduan KKM yang pertama adalah penjarakan sosial.Jadi nombor itu ialah relatif iaitu bergantung kepada rumah kita. Sekiranya rumah kita kecil, kita kena buat target visiting daripada keluarga kita. Yang kita katakan adalah ahli keluarga, kita bukan katakan pelawat datang ke rumah. Kita tak menggalakkan perhimpunan, kita tak menggalakkan pelawat-pelawat datang ke rumah tapi ini ialah ahli keluarga yang ada 10 orang, ada 15 orang, ada yang 20 orang. - Dr. Noor Hisham




Di fb, satu gambar dikongsikan mengenai kejadian dimana beberapa orang frontliners kita pitam disebabkan overheat. Kejadian ini bukanlah yang kali pertama, malah sebelum ini juga ada frontliners kita yang pengsan kerana kepenatan dan kepanasan memakai PPE sepanjang hari. 

Bayangkanlah jika kita memakai PPE di tengah panas dan berpuasa, tentulah tidak selesa berpeluh dan akan pitam juga. So please, tolong jaga frontliners kita. Jangan kerana nak beraya kita risikokan kesihatan dan nyawa frontliners yang masih tidak berhenti menjalankan tanggungjawab memerangi Covid-19.

Hentikan aktiviti kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi dalam musim PKP ini. Berikan peluang pada frontliners kita untuk berehat dan permudahkanlah kerja mereka. 


Love,


Hanim

1 comment:

  1. Allahu..semoga mereka terus kuat berjuang di bulan puasa ni. Aaminn

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.