Breaking

Tuesday, May 12, 2020

PKP 5 PKPB | Hari ke-56


Assalamualaikum! Hari terakhir PKP Fasa ke-5 menyaksikan kes Covid-19 yang terendah direkodkan semenjak bermulanya penularan wabak itu di negara ini, iaitu sebanyak 16 kes. Tiga kes adalah dari kes import, manakala selebihnya kes tempatan.

Esok bermulanya PKP Fasa 6 sehingga 9 Jun 2020. Sementara itu, kita sentiasa kena beringat, PKPB boleh jadi PKP semula seandainya kita tidak mematuhi peraturan. Penjarakan sosial perlu dipatuhi terutama ketika berada di luar. 


sumber : MKN


Masih ada yang membawa anak keluar ke pasaraya dan sebagainya. Justeru, semua diingatkan walaupun kita berada dalam fasa PKPB, namun peraturan PKP dan Akta 342 masih terpakai. 

Bagi peniaga-peniaga, norma baru telah dipraktikkan di mana pelanggan yang ingin masuk kedai perlu menulis nama, no. telefon dan suhu badan terlebih dahulu. Ini perlu supaya KKM boleh mengesan individu-individu yang keluar masuk kedai sekiranya terdapat kes Covid-19 dikesan.

Selamat Hari Jururawat diucapkan kepada semua jururawat seluruh negara. Jasa dan pengorbanan anda hanya Allah saja yang dapat membalasnya. Moga setiap langkah, keringat yang membasahi tubuh dan lelah anda mendapat darjat dan ganjaran yang tinggi dari Allah swt. 

Aaaminn...

Love,


Hanim

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.