Assalamualaikum! Dalam sidang medianya, World Health Organisation (WHO) mengeluarkan amaran dan peringatan bahawa virus Covid-19 yang kini sedang 'menyerang' dunia tidak akan hilang dan kita perlu hidup dengan hakikat tersebut.
Semakin banyak negara yang telah melonggarkan sekatan perintah berkurung namun langkah ini tidak dapat menghentikan pandemik Covid-19. Sekurang-kurangnya, selagi vaksin masih tidak ditemui.
Make no mistake, we have a long way to go. This virus will be with us for a long time - Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebereyesus
Pernyataan yang dibuat beliau itu sahaja sudah cukup untuk kita fahami bahawa tiada jalan mudah bagi menghapuskan virus ini dan kita mungkin perlu hidup dengannya untuk tempoh yang lama.
Selagi virus ini wujud, peluang untuk dijangkiti tetap ada. Sebab itu, kita perlu hidup dengan norma baru dan amalkan penjarakan sosial untuk melindungi diri dan keluarga kita dari dijangkiti.
Stay safe and stay at home
Hanim
Assalammualaikum.. datang terjah blogwalking sini. Selamat Berpuasa, Selamat PKPB ya.
ReplyDeletehttp://iskandarx-society.blogspot.com/
http://iskandarx.blogspot.com/
https://melayupress.wordpress.com/
https://twitter.com/iskandarX