Assalamualaikum! Semakin menghampiri musim perayaan, semakin ramai yang melanggar peraturan. Hari ni saja berapa ribu kenderaan yang cuba melintasi sempadan negeri untuk pulang ke kampung.
Samada mereka tak faham atau buat-buat tak faham. Barangkali mereka fikir tak mungkin mereka akan ditangkap bila merentas negeri beramai-ramai.
Dan kalau mereka 'terlepas' dari sekatan polis sekalipun, jangan cepat sangat tersenyum lebar ye. Nantikan 'kunjungan' polis ke setiap rumah pada hari raya nanti.
sumber : malaysiakini
Dan sebagai jiran yang prihatin, kita boleh buat laporan polis sekiranya nampak rumah jiran sebelah kita mempunyai lebih dari 20 orang dalam rumah. Kalau ada nampak kereta anak-anak jiran yang parking depan rumah jiran tu bolehlah mulakan langkah siasatan.
No comments:
Post a Comment