Assalamualaikum! Sudah dua hari KKM mencatatkan lebih dari seratus kes baru Covid-19 dengan hari ini sebanyak 187 kes baru direkodkan.
Dari 187 kes itu, 10 merupakan kes import dan dari 177 kes, hanya 4 kes melibatkan warganegara direkodkan. Manakala selebihnya adalah kes baru warga asing membabitkan tiga kluster dan kluster tapak pembinaan.
Sementara itu, penjawat awam yang didapati gagal kembali bertugas selepas Aidilfitri kerana terperangkap di kampung akibat melanggar larangan rentas negeri dalam tempoh PKPB akan dikenakan tindakan tatatertib.
Sentiasalah mematuhi arahan dan SOP yang ditetapkan demi keselamatan dan perlindungan dari Covid-19.
Hanim
risau jgk tgk angka kes naik mendadak..
ReplyDeletetp bila baca balik kes naik sbb warga asing kat depoh..
penularan tempatan dh kurang..
ni tanda rkyat kita memang patuh PKPB dan patuh SOP yg telah ditetapkan..
alhamdulillah.. =)