Assalamualaikum! Pengumuman dari Wisma Putra untuk warganegara Malaysia yang ingin pulang dari luar negara. Mereka masih wajib menjalani proses kuarantin selama 14 hari setibanya di tanahair tapi 50% kos kuarantin akan ditanggung sendirian berhad bermula 1 Jun 2020.
Walaubagaimanapun, respon yang diterima dari rakyat berbeza dan kebanyakannya tidak bersetuju kerana bukan semua mereka yang terkandas di luar negara itu dari golongan berada. Ada yang ke luar negara atas urusan kerja dan tidak boleh pulang sebelum 1 Jun 2020 kerana masalah tiket dan lapangan terbang yang masih ditutup untuk sebarang penerbangan.
sumber : fb wismaputra
Sementara bagi warganegara asing yang ingin pulang ke Malaysia perlu menanggung kos kuarantin sepenuhnya bermulanya 1 Jun 2020. Contohnya, kadar kos kuarantin yang dikenakan adalah seperti berikut :
- 50% dari kadar maksimum hotel RM150 sehari seorang (bagi warganegara), bagi kadar tempoh yang ditetapkan oleh KKM
- Kadar maksimum RM150 sehari seorang bagi bukan warganegara, untuk kadar tempoh yang ditetapkan oleh KKM
Maklumat lanjut boleh diperolehi di SINI
Stay home and stay safe,
Hanim
No comments:
Post a Comment