Assalamualaikum! Timbul pula info palsu yang tersebar luas di WhatsApp tentang pembukaan sekolah semula pada Jun ini. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun menafikan wujudnya takwim persekolahan seperti yang disebarkan.
Oleh itu, orang ramai diminta tidak mempercayai info palsu ini dan sentiasa mengikuti rapat kenyataan media dari KPM sekiranya terdapat maklumat dan pengumuman terbaru mengenai pembukaan sekolah.
Buat masa ini, KPM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung pembukaan sekolah. Jika ada pun mungkin akan dilaksanakan untuk pelajar SPM, STPM, STAM dan setara dengannya seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.
Namun, maklumat lengkap mengenainya masih belum dapat dimuktamadkan dan masih di peringkat perbincangan.
Diharap orang ramai terutama ibubapa tidak panik dan keliru dengan info palsu ini. Sentiasalah mengikuti perkembangan dari laman rasmi KPM samada di FB mahupun di laman web.
Hanim
tak faham betul la dengan yang suka sebar fake news ni..
ReplyDeletekesian laaa frontliners n kerajaan keje nak tapis..
ramai yg sebar berita palsu ni.. huhu
ReplyDelete