Assalamualaikum! Terkejut aku bila cik abg bagitau pagi ni yang PJ Old Town kena lockdown. Dah la dekat ngan opis dan sekolah anak.
Tapi kes baru Covid-19 di Pasar Basah Old Town dah naik sampai 27, maka tak hairanlah PKPD dilaksanakan di sekitar kawasan tu.
PKPD PJ Old Town melibatkan 3 zon, iaitu Zon A, Zon B dan Zon C dan bermula 10 Mei sehingga 23 Mei 2020.
Nampak gaya lambat lagi la adik boleh bersekolah ye. Rumah makcik pengasuh dan rumah cikgu kakak dan Mira pun termasuk dalam PKPD ni.
Moga mereka semua dipermudahkan. Stay safe at home.
Love,
Hanim
No comments:
Post a Comment