Assalamualaikum! Dah lama tak masuk mana-mana contest atau cabutan bertuah. Dalam tempoh PKP ni pun masih diberikan rezeki untuk menang hadiah. Semua ni rezeki anak-anak. Mula-mulanya sekadar nak 'cuci mata' tengok tudung raya hehe.
Lepas 'cuci mata' mula la rambang mata tengok tudung bawal pelbagai corak ni. Dari sinilah aku kenal apa itu design kaca pecah, merak crown, full keliling, manik tabur, dokoh, merak vvip, dua tingkat, tiga tingkat, mak datin, bapak datin! Datuk datin je takda lagi haha.
Bila dah berkenan, mula la nak beli hehe. Dah lama tak tambah koleksi tudung bawal. Aku pun ada dua orang anak perempuan, elok la kalau tambah sikit lagi kan. Sambil membeli tu, kita masuk la contest dia. Kebanyakan seller rajin buat contest suruh share live video diaorang. Pastu nama kita akan masuk dalam hadiah cabutan bertuah. Dekat nak habis live video, diaorang akan umum pemenang siapa yang dapat tudung bawal free.
Tudung pertama
Memula namaku dicabut tu, hampir-hampir terlepas bila tak jumpa FB. Masa dia umumkan nama tu pulak video tetiba loading dan aku tak dapat komen. Ya Allah ... rasa nak hempas telefon waktu tu tapi sabar sabar Nim. Redha je la kalau diaorang cabut nama lain sebab aku tak respon kat komen.
Masa tu sedih jugakla haha tapi paksakan hati redha sebab tak dapat nak komen kat video sebab line teruk sangat. Boleh pulak time nama kita naik, FB buat masalah ye. Syukur alhamdulillah rezeki masih ada untukku, menang jugak tudung cabutan bertuah buat kali pertamanya.
Tudung kedua
Hadiah tudung cabutan bertuah yang kedua ni pun, aku hampir-hampir terlepas lagi! Tapi yakin kalau itulah rezeki untuk aku maka, tiada siapa dapat menghalangnya. Ternyata, sekali lagi aku menang hadiah tudung kedua. Warna dan design pun memang aku suka!
Tudung ketiga
Tudung terakhir yang aku menang ni syukurlah diaorang dapat jumpa FB hehe. Syukur sangat dapat juga tudung warna dan corak macam ni. Aku tak mengharap sangat pun setiap kali diaorang buat cabutan sebab ada beratus nama yang join setiap kali diaorang buat live video.
Tapi itulah rezeki Ramadan dan rezeki anak-anak. Dapat lah tudung sorang sehelai sebagai tudung raya. Tudung beli lain lagi tu haha. Tahun ni aku invest banyak kat tudung dan tshirt dan baju kelawar je haha.
Last but not least, yang ni memang aku niat nak bagi sebagai duit raya anak-anak. Dua hari terakhir diaorang buat live video, aku menang lagi cabutan bertuah dan kali ni dapat hadiah duit raya RM20. Allahuakbar ... besar sungguh rezeki anak-anak pada Ramadan kali ini.
Tapi duit ni aku takkan bagi kat tangan diaorang, terus masuk bank masing-masing. Kalau dapat kat tangan kang ada je yang nak dibeli hehe.
Dua tudung dah selamat sampai, tinggal tudung warna biru tu je lagi. Mungkin akan sampai lepas raya nanti. Takpelah, kat rumah ni pun dah banyak tudung bawal aku beli online hari tu. Tudung anak-anak pun dah ada. Moga murah rezeki anak-anakku lagi ...aamiinn.
Love,
Hanim
No comments:
Post a Comment