Breaking

Friday, May 08, 2020

Shopee | Tiktok Bunny Hat With LED


Assalamualaikum! Tercari-cari aku hadiah apa aku nak bagi kat dua orang budak bertuah ni. Birthday bulan Mac aritu, tapi disebabkan PKP tak boleh keluar rumah maka tak sempat lagi nak cari hadiah. 

Bab mencari hadiah ni memang la kelemahan aku. Bukan aku tak tahu diaorang mengharapkan hadiah apa, tapi aku cakap nak benda tu kena kerja dulu. So, nak mencari hadiah selain dari apa yang mereka nak tu memang tak berdaya aku nak mikir.

So, sekarang ni kan ada sale kat shopee so aku skrol la apa benda yang boleh aku jadikan hadiah untuk budak-budak bertuah ni. Kot-kot la ada yang buat diaorang berkenan, aku belikan tu je.



Dan aku ternampak bunny hat! Benda ni kan trendy satu masa dulu, sampai empat puluh ringgit orang jual. Benda baru naik memang mahal, tapi takyah tunggu lama nanti harga dia mesti turun hehe.

Aku beli kena beli dua, sebab birthday diaorang sama tarikh. Kang aku beli untuk sorang, sorang lagi nak campak mana? haha.

Yang bestnya, bunny hat ni ada 2 jenis iaitu ada LED dan tiada LED. Kakak pilih yang tiada LED, tak suka ada lampu-lampu katanya macam budak-budak. Citarasa remaja gitulah hehe.

Yang adik suka ada LED, biasalah masih kategori kanak-kanak ribena kan haha.




Inilah 'bunny' saya, comel dan hidungnya bulat kan haha. Suka la dia dapat bunny hat yang ada lampu ni. Terang juga lampu dia tau, ada 3 jenis lampu pulak tu. 

Harga? murah bebenor ler. Yang ada LED sembilan ringgit, yang takda LED cuma sembilan ringgit dua posen. Tak tahu lah kenapa yang takda LED tu lagi mahal, mungkin sebab kaler dia merah jambu kot. Tapi tak kisahla, beza dua posen je pon!





Kalau nak beli sempat lagi ni walaupun harga yang ada LED dah jadi sepuluh ringgit lebih tapi masih berpatutan bagi aku. Yang penting anak-anak suka!

Love,


Hanim

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.