Assalamualaikum! Lama dah tak menyinggah di sini. Dari sebelum ada anak sampai dua anak, sinilah tempat wajib kami singgah sebelum pulang ke KL. Dan setiap kali itulah, cerita kenangan nostalgia zaman kecik-kecik suami akan keluar hehe.
Disinilah suami membesar dan bersekolah tadika dan rendah. Selepas 5 tahun, kami kembali dan keadaannya banyak yang tak berubah.
Anak-anak pun dah tak berapa ingat tempat ni, walhal dari diaorang kecik lagi ayahnya bawa datang sini. Jadi, sebelum kami gerak ke KL ayahnya bawa tengok sekali tempat dia membesar.
Tempat ni sangat indah dan damai. Kalau pencinta alam atau yang sukakan suasana sunyi dan tenang, inilah tempat yang sesuai untuk korang menikmati pemandangan. Tambah lepas PKP, bertambah sunyi kerana tiada aktiviti perkhemahan dan kem motivasi seperti yang biasa dijalankan disini. Tapi dalam kesunyian itu terasa ketenangan jiwa yang tiada bandingan.
Budak-budak sekarang memang posing bergambar macam ni ke?
Macam nak menari makyong pun ada 😂
Besar dah baby ibu, panggil baby debab marah pulak tu 😂
Dan tak sah la kalau tak tengok kuarters lama tempat arwah ayah dan arwah mak membesarkan suami dan adik beradik lain. Sempat juga suami bertemu dan berborak kejap dengan cik Acin, sahabat dan rakan sekerja arwah ayah.
Ok, selesai sudah kami 'tawaf' hutan paya bakau Port Weld atau nama rasminya Pusat Eko-Pendidikan Hutan Paya Bakau Matang.
Tiba masa untuk pulang ke 'sarang'. Kalau ada rezeki, kami pasti akan kembali ke sini. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment