Breaking

Sunday, June 07, 2020

Tiada lagi sekatan rentas negeri!


Assalamualaikum! Pengumuman yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Ramai yang nak tahu adakah PKPB akan berakhir 9 Jun ni? Walaupun kerajaan beri sedikit demi sedikit kelonggaran dalam beberapa sektor untuk beroperasi tapi aktiviti perniagaan tertentu dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Alhamdulillah syukur, PM dah umum PKPB sudah berakhir tapi akan ditukar kepada PKPP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Memandangkan kes baru Covid-19 harian yang dicatatkan kekal dua digit dan penularannya di kalangan warganegara amat sedikit, kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan aktiviti sosial dan perjalanan rentas negeri bermula 10 Jun.

Dalam tempoh PKPP ini juga, hampir semua aktiviti sosial akan dibenarkan peringkat demi peringkat dengan pematuhan SOP masih diwajibkan. Maksudnya, pasar malam, pasar pagi, pasar tani, lawatan ke muzium, memancing di kolam dan penggambaran filem dibenarkan dengan syarat pematuhan SOP dipatuhi.

Yang masih tidak dibenarkan ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong yang ramai seperti di stadium. Kelab malam, pub, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema,  perarakan keagamaan, kenduri-kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai masih tidak dibenarkan.



Aktiviti pelancongan domestik sudah dibenarkan, so bolehlah kita bawa family pergi bercuti di dalam negara setelah tiga bulan tidak kemana-mana. Inilah masanya kita bantu naikkan semula industri pelancongan negara dan bantu hotel-hotel tempatan untuk maju kembali dan dapat terus beroperasi.

Siapa yang nak melancong ke luar negara tu kena tangguh dulu la sebab sempadan negara masih ditutup.

Aktiviti keagamaan dan perayaan akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam. Maksudnya bolehlah kita sambut Raya Haji tahun ini di kampung.

Bagi ibubapa yang ada anak-anak bersekolah, sekolah akan dibuka secara berperingkat. KPM akan membuat pengumuman terperinci dalam sedikit masa lagi. 

Tapi jika semua SOP dilanggar dan berlaku peningkatan mendadak kes Covid-19 dalam tempoh ini, kerajaan akan laksanakan PKP atau PKPD di kawasan berkenaan.

So, pastinya kita semua tak sabar nak rentas negeri balik kampung kan. Yang mana boleh balik tu, ambillah peluang. Aku masih kena kerja lagi tak dapat cuti. Lagipun kena tunggu gaji baru sedap nak balik kampung kan😂 




Love,

Hanim

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.