Dah sebulan abah ....
Assalamualaikum...
Dah sebulan abah pergi meninggalkan kami. Terasa seakan abah masih bersama kami. Takda satu hari pun anim tak rindu pada abah. Takda satu hari pun anim tak ingat pada abah. Abah sentiasa dalam doa anim.
Terlalu banyak untuk diluahkan ... tapi akhirnya anim mampu diam. Dengan siapa lagi anim nak bercerita...meluahkan...mengadu selain pada Allah. Abah lah tempat anim berkongsi cerita. Abah pun akan berkongsi cerita abah ngan anim.
Setiap kali tiba hari gaji, abah lah orang pertama anim akan wassap bagitau duit untuk abah dan mak dah masuk. Bulan ni dengan siapa anim nak mesej bagitau duit dah masuk ....ðŸ˜.
Anim kena kuat demi mak. Mak kuat abah ... mak cukup tenang. Anim tak tau kalau mak menangis di belakang kami kerana rindukan abah. Siapalah yang tak rindukan abah. Anim rindu suara abah ....