Breaking

Sunday, September 20, 2020

Dah sebulan abah ....

 

Assalamualaikum...


Dah sebulan abah pergi meninggalkan kami. Terasa seakan abah masih bersama kami. Takda satu hari pun anim tak rindu pada abah. Takda satu hari pun anim tak ingat pada abah. Abah sentiasa dalam doa anim. 


Terlalu banyak untuk diluahkan ... tapi akhirnya anim mampu diam. Dengan siapa lagi anim nak bercerita...meluahkan...mengadu selain pada Allah. Abah lah tempat anim berkongsi cerita. Abah pun akan berkongsi cerita abah ngan anim.


Setiap kali tiba hari gaji, abah lah orang pertama anim akan wassap bagitau duit untuk abah dan mak dah masuk. Bulan ni dengan siapa anim nak mesej bagitau duit dah masuk ....😭.


Anim kena kuat demi mak. Mak kuat abah ... mak cukup tenang. Anim tak tau kalau mak menangis di belakang kami kerana rindukan abah. Siapalah yang tak rindukan abah. Anim rindu suara abah ....




Tahun lepas kita sempat beraya bersama. Tahun ni tak dapat sebab PKP. Ini sajalah kenangan gambar kenangan raya anim ngan abah. Sekurang-kurangnya anim dapat bergambar ngan abah. Abah pun layankan je anak bongsunya yang suka tangkap gambar.

Ya Allah ...kuatkan hatiku ya Allah. Abahku dah tenang di sana...maka tenangkanlah hati ini yang sangat merindukan dia. Hanya al-fatihah dapat mengubati rindu anim pada abah. 

Anim akan balik jumpa abah sebagaimana anim balik kampung masa abah ada. Anim akan jaga mak insyaAllah selagi nyawa dikandung badan dan selagi termampu. 


Yang merindukan abah,
anak bongsu

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.