Assalamualaikum ...
Tahun ini tahun paling getir buatku. Ujian kehilangan insan tersayang sangat melukakan walaupun hati sudah redha. Tiga kali berturut-turut aku mengalaminya dalam satu tahun. Kali kedua ibu mertuaku pada bulan enam. Dan kini ... ayahandaku yang dikasihi telah pergi kembali kepada Maha Pencipta.
Allahuakbar ... sungguh aku rindu pada abah. Aku tak mampu menahan kerinduan ini kerana terlampau sayang padanya. Namun, Allah lebih sayangkan abah ... dan aku redha dan cuba untuk hidup dengan hakikat bahawa abah dah 'pergi' takkan kembali.
Sungguh aku redha ya Allah...kerana perginya abah dalam keadaan yang baik, amalan yang baik, hari yang baik dan dipermudahkan dari awal sampai akhir.
Abah ...
Anim rindu dengar suara abah ...
Rindu abah bertanya khabar anak-anak anim setiap kali anim call
Rindu abah tunggu nak amik anim dari stesen bas Melaka Sentral kalau anim balik naik bas
Rindu nak bawa abah pergi makan-makan minum-minum
Rindu nak berborak dengar celoteh, keluhan dan luahan hati abah
Rindu nak dengar cerita abah pergi belajar mengaji
Rindu dengar suara abah mengaji ...ðŸ˜
Maafkan anim hanya mampu bahagiakan abah cuma sementara. Maafkan anim tak sedar tanda-tanda yang abah akan pergi meninggalkan anim selama-lamanya. Beberapa bulan sebelumnya, abah cuma mengadu abah sudah tiada selera makan. Abah cepat mencungap tapi masih boleh berjalan seperti biasa.
Rupanya malam kami berpatah balik sebab jalan balik ke KL sesak, malam itu adalah malam terakhir anim jumpa abah. Sedangkan sebelum ini, abah takkan bagi anak-anak berpatah balik kalau nak jalan jauh.
Maafkan anim tak dapat cium tangan, peluk dan cium pipi abah malam tu. Sedangkan sebelum-sebelum ini, itulah yang anim akan buat sebelum berangkat pulang. Anim selsema teruk malam tu ... takut berjangkit pada abah lalu anim cakap, anim tak boleh salam cium mak dan abah sebab takut berjangkit. Allahuakbar .... sedih tak dapat cium abah buat kali terakhir😢
Indahnya pengakhiran abah. Allah makbulkan permintaan abah untuk 'pergi' dalam keadaan tenang di rumah disisi mak. Abah 'pergi' pada hari yang cukup baik, hari pertama tahun baru 1442H. Abah 'pergi' dalam keadaan bersih.
Abah... anim rindu sangat kat abah. Anim akan sentiasa mendoakan abah dalam setiap solat anim. Tak dapat dah anim nak hantar duit kat abah setiap bulan. Tak dapat dah anim nak mesej abah pagi-pagi cakap duit untuk abah dah masuk. Tak dapat dah anim nak belanja abah makan.
Hanya doa dan bacaan al-fatihah yang dapat anim hadiahkan untuk abah disana. Moga abah tenang hendaknya...aamiin.
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa ayahku Hj. Hashim bin Ahad. Cucurilah rahmat ke atas rohnya, lapangkanlah kuburnya dengan segala amalan baiknya ketika di dunia. Lancarkanlah jawapannya ke atas setiap soalan yang dikemukakan kerana dalam dadanya ada al-Quran. Mulutnya sentiasa mengucapkan kalamMu ya Allah ... aamiin aamiin.
Al- Fatihah ...
Yang merinduimuðŸ˜
Anak bongsu
Bertuah dapat merasai kasih ayah sehingga ke akhir hayatnya
ReplyDelete