6 Tempat Makan Menu Barat Sebenar Di Kuala Lumpur
Berada di Kuala Lumpur? Sedang mencari menu makanan barat yang sebenar di
area KL ini? Ia bukanlah satu kerja yang susah kerana restoran atau tempat
makan di kawasan Kuala Lumpur ini sememangnya sangat-sangat banyak.
Sebut saja nak makan apa, dari menu makanan melayu asli, makanan cina,
india dan barat, semuanya ada dengan pelbagai jenis pilihan.
Jika kebetulan sedang berada di Kuala Lumpur dan datang kerana urusan kerja
dan sebagainya, masih belum biasa dengan keadaan di sini, tidak tahu tempat
makan mana yang okay, di sini akan dikongsikan enam tempat makan barat
sebenar di Kuala Lumpur yang boleh anda cuba. Sesekali cuba makanan barat
okay juga kan?
#1 - Burger & Taco
Burger & Taco boleh dikatakan sudah agak terkenal untuk warga kota raya Kuala
Lumpur kerana restoran ini boleh dianggap sebagai salah satu restoran yang
mampu menyediakan menu makanan barat yang sedap.
Burger & Taco adalah jawapannya turut memilih daging yang 100% adalah daging
lembu Australia sebagai patty dalam hidangkan yang mereka sajikan. Setiap patty
ini bersifat in the house made kerana pihak Burger & Taco membuatnya sendiri
khas dengan kepakaran yang mereka ada.
Tidak hanya itu, Burger & Taco turut memberikan promosi khusus untuk para
pelanggan yang mahu mencuba menu mereka di sini. Sebagai contoh, boleh
dikatakan saban hari Burger & Taco ini memberikan promosi dengan harga bawah
RM19 dari jam 12 tengahari hingga 3 petang. Jika terasa tidak mahu makan
burger, jangan risau kerana di sini turut ada pelbagai jenis pilihan menu yang
lain untuk di cuba.
Alamat: E2-04-3A, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya,
Selangor
#2 - Lepaking
Lepaking, namanya saja sudah mampu mengambarkan bagaimana keadaan
restoran ini. Pastinya agak kasual dan santai untuk berada dalam masa yang
lama sambil makan-makan. Ternyata nama yang dipilih benar-benar sesuai
dengan konsep yang dibawa.
Di Lepaking ini ia tidak hanya mempunyai suasana makan yang hipster malah
makanannya juga turut digunakan konsep yang sama. Tak hairanlah kenapa
ramai pelanggan sering datang ke sini, lagi-lagi untuk golongan anak muda.
Lepaking menyajikan banyak pilihan menu makanan lagi-lagi untuk makanan
citarasa barat. Terdapat pelbagai jenis pilihan makanan dan minuman untuk
dipilih bersesuaian dengan citarasa masing-masing.
Di sini, pemiliknya turut mementingkan keselesaan pelanggan untuk tahap yang
berikutnya dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti tandas dan
surau yang bersih dan selesa.
Tidak lupa juga, hidangan ala western yang disajikan, sebagai contoh lamb chop,
pasta, chicken chop, sizzling dan lain-lain lagi, semuanya dalam lingkungan harga
yang agak murah dan berbaloi. Jika terasa mahu makan nasi juga boleh cuba
menu nasi ayam penyet yang juga agak popular di sini.
Jika mahu makanan yang ala snek, Lepaking ada menawarkan menu Vietnam
spring roll dan juga corn dog cheese. Sekali makan pasti kenyang dan besar
kemungkinan akan terasa untuk kembali makan lagi di sini.
Alamat: 3 1/2, Lot 8099, Jalan Gombak, Kampung Sungai Merali, 53000
Kuala Lumpur
#3 - Zazi’s Kitchen
Mahu makan dalam suasana yang agak sunyi dan tenang untuk lari sebentar dari
hiruk pikuk kota? Atau mungkin juga mahu lepaskan tekanan kerja yang ada
supaya diri kembali terasa aman. Apa kata kali ini cuba untuk nikmati hidangan
di Zazi’s Kitchen.
Zazi’s Kitchen merupakan sebuah kafe dengan konsep hipster dalam suasana
tenang dan santai di bawah cahaya lampu yang suram. Ini kalau datang makan
dengan pasangan sudah tentu akan bertukar kepada suasana makan yang
romantik. Tentu-tentunya isteri akan suka.
Untuk makanannya pula, Zazi’s Kitchen menawarkan pelbagai jenis menu
makanan barat yang tidak kurang enaknya. Jika terasa mahu makan makanan
menu tempatan juga ada di sini. Jangan risau.
Antara masakan yang boleh dicuba adalah seperti black pepper beef steak yang
sememangnya sudah mendapat banyak reaksi positif dari para pelanggan sebelum
ini. Untuk menu tempatan pula ada pilihan seperti daging tetel asam pedas,
salad set asam pedas ikan pari, nasi lemak kukus dan banyak lagi.
Alamat: 53, Jalan SG 3/1, Pusat Bandar Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
#4 - Pak Uda Kitchen & Grill
Berbeza dengan restoran yang telah dikongsikan di atas, Pak Uda Kitchen & Grill
agak berbeza kerana menu di sini disajikan mengikut nama artis Hollywood yang
popular di tahun sekitar 70an sehingga 90an. Nama selebriti ini digunakan supaya
bersesuaian dengan konsep restorannya yang agak klasik tetapi tetap ada elemen
moden di dalamnya.
Antara nama menu yang agak menarik di sini adalah seperti Madonna Cheesy
Chicken Chop dan juga Bon Jovi Salmon Fish. Nama yang cukup unik bukan?
Sekaligus membuatkan kita tertanya-tanya bagaimanalah agaknya rupa untuk
sajian tersebut.
Di sini cukup sesuai untuk makan bersama pasangan mahupun untuk datang
makan bersama keluarga yang terdekat. Dahulu sebelum kita diuji dengan virus
COVID-19 ini, ramai juga yang datang ke restoran Pak Uda Kitchen & Grill ini
untuk menyambut hari istimewa seperti ulangtahun kelahiran, perkahwinan dan
sebagainya di sini. Harganya juga sangat berpatutan sekali.
Alamat: No. 13-G, Jalan PPS 1, Pusat Perdagangan Selaseh, 68100 Batu Caves
#5 - The Rack Boutique Café
Makanan barat rata-rata mementingkan soal rasa, persembahan makanan dan
juga suasana dekorasi restoran. Ini kerana peminat makanan barat ini selalunya
ingin makan dalam suasana yang cozy dan selesa. Ada mood gitu.
Menyedari akan hal itu, The Rack Boutique Café turut mementingkan perkara yang
sama. Di sini, hidangan ala-ala Barat fushion telah diperkenalkan supaya dapat
memikat selera peminat makanan di luar sana. Terdapat banyak juga pilihan
hidangan barat yang popular seperti chicken chop, pasta dan steak yang
disediakan dengan resepi rahsia mereka sendiri.
Antara menu yang paling mendapat perhatian di sini adalah seperti Talam Ramen,
Monster Platter dan Cheesy Chicken Korean dan banyak lagi. Minuman di sini
turut di bawa dalam gaya ala hipster dan ada pelbagai pilihan minuman seperti
coffee dan juga chocolate blended.
Alamat : 1, Jalan Os 1/4, One Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
#6 - Code : Black Espresso
Suka minum kopi? Suka juga aroma kopi yang menawan hati? Jika suka bolehlah
cuba nikmati minuman kopi di Code : Black Espresso. Di sini tidak hanya ada
minuman kopi semata-mata malah ada juga pelbagai jenis pastry yang enak-enak
belaka.
Bayangkan gabungan aroma kopi dan juga pastry yang wangi dan menyelerakan.
Sekali melangkah ke dalam kafe ini terasa aman dan tenteram dengan aroma
yang ada. Suasana kafenya juga cukup menarik dengan warna hitam-kelabu.
Antara minuman yang sering menjadi pilihan pelanggan di sini adalah seperti
Espresso dan juga Latte. Manakala hidangan pastry yang popular pula adalah
seperti Burnt Cheesecake, Tiramisu dan juga Cinnamon Roll.
Alamat: B-G-9, Emerald Avenue, Jalan PS 11, Selayang – Kepong Highway,
Prima Selayang
Nak menu makanan barat yang sedap dan tidak mengecewakan sebagaimana
yang telah dikongsikan di atas? Tak ada masalah, boleh saja. Walaubagaimanapun,
jika terasa tak ada masa atau mungkin kurang sihat, ada baiknya terus saja duduk
di rumah dan elakkan dari berada di tempat awam.
Rasa teringin untuk makan itu boleh dipenuhi dengan bantuan Foodpanda yang
menawarkan pelbagai pilihan western food near me untuk dibuat pesanan.
Dengan adanya servis pesanan dan penghantaran oleh Foodpanda begini,
dengan mudah keinginan untuk makan makanan barat dapat dipenuhi walaupun
sama sekali tidak melangkah keluar mana-mana sama sekali.
Tidak kisahlah jika ada berada di kawasan mana sekalipun, walau termasuk
dengan kawasan Cybercjaya sekali, memang ada pelbagai restoran yang
menyajikan makanan barat yang best-best untuk anda cuba.