Breaking

Wednesday, December 29, 2021

Wednesday, December 29, 2021

Akhirnya, keputusan UPKK Mira dah keluar!

 

Assalamualaikum! Debaran itu datang lagi. Pagi semalam adalah waktu paling genting dalam hidup ibubapa dan anak-anak termasuklah aku sebab berdebar tunggu tengok result UPKK anak masing-masing. Serius aku cakap, dua tahun ni memang sekolah agama Mira tak berapa aktif pdprnya. Harapkan kelas online dan homework yang diberi ustazah, itu sahaja yang menjadi 'bekalan'. Mujurlah sebelum lockdown tahun ni, sekolah ada buat kelas tambahan.Bila sekolah dah buka dan datang sekolah bergilir, barulah dia boleh belajar.


Bila JAKIM umum ibubapa dah boleh semak keputusan UPKK 2021 di fb, maka berbondong-bondonglah ibubapa cuba nak pergi ke website https://simpeni.islam.gov.my .Tapi macam biasalah .... masalah yang sama berulang kembali. Bila dah ramai-ramai 'masuk' memang website jadi jem. Sama la jugak tahun 2018 masa nak semak keputusan UPKK kakak. Website takleh masuk dan hantar sms pun takda reply!




Bila aku tanya Mira berapa target Mira untuk UPKK, jawabnya 5A. Sebenar dan sejujurnya, aku tak sampai hati nak tetapkan target untuk dia sebab corak pembelajaran dia untuk dua tahun kebelakang ini penuh dengan 'lompang'.


Dengan Covid-19nya, dengan lockdownnya, dengan pdprnya. Kelas tambahan pun setengah jalan je pergi sebab lockdown. Selebihnya belajar sendiri dan secara online dengan ustazah. So aku cakap, asalkan jangan gagal dah la. Cuma macam biasa. subjek Bahasa Arab/Lughatul Quran tu aku cakap siang-siang dengan dia, mama memang takleh bantu haha. 


So semalam, dari pagi aku cuba semak masuk website tapi asyik jem tak boleh akses. Hantar sms dua kali sampai ke sudah tak dibalas! Mira pun asyik wassap mama dah boleh tengok result ke. Alahai anak mama ...tak sabar berdebor jugak le tu😁


Last-last jam 12 tengah malam, aku try refresh lagi dan wallaaaaa! 




Alhamdulillah.....syukur segala puji bagi Allah! Sebak aku tengok result Mira. Alhamdulillah memang bersyukur sangat. Target Mira tercapai malah lebih lagi Allah bagi. Terus aku screenshot dan wassap ke dia dan kakaknya di kampung.


Suka betul dia. Barangkali dia sendiri pun tak sangka boleh capai result sebaik ini. Mama tumpang bangga dan gembira dengan Mira. Nak peluk jauh pulak ... takpe nanti tunggu mama balik, mama peluk adik kuat-kuat!


Congratulation my precious pearl!

Wednesday, November 24, 2021

Wednesday, November 24, 2021

Destinasiku Penang!


Assalamualaikum! Sejak diumumkan kebenaran untuk merentas negeri, hati ini meronta-ronta nak keluar dari bandar dan pergi bercuti. Bukan aku saja, tapi anak-anak pun dah loya duduk di rumah tak keluar ke mana selama hampir dua tahun. Tapi masa tu, program vaksinasi belum bermula jadi aku tangguhkan dulu perancangan tu.



Sekarang kami sekeluarga sudah divaksin sepenuhnya. Aku pun baru je ambil booster hari tu. Walaupun ia tidak diwajibkan tapi sebagai langkah berjaga-jaga ianya digalakkan. So bolehlah kami merancang percutian tanpa sebarang kerisauan dan was-was. 


Bila semua dah lengkap vaksin, tahu tak kemana kami nak pergi bercuti dulu? Tak perlu pergi jauh-jauh sampai ke luar negara tu. Dalam negara kita ni pun ada banyak destinasi-destinasi menarik untuk dikunjungi . Lagipun inilah masanya kita kena #SupportLokal dan naikkan kembali kegemilangan industri pelancongan negara yang terjejas akibat Covid-19.





Arghh rindunya nak tengok laut! Kami memang suka lepak tepi pantai, tengok laut dan main air. Bayangkanlah kali terakhir aku tengok laut ialah pada dua tahun lepas. Jadi kali ni, aku bercadang nak bawak anak-anak bercuti ke destinasi yang ada 'port' kegemaran kami, iaitu pantai. 


Sebelum nak pergi bercuti kena ada perancangan awal kan. Memandangkan pertengahan bulan Disember nanti anak-anak mula cuti sekolah, itulah masanya yang sesuai untuk kami memulakan percutian. Cuti pun tak lama, jadi kena pilih tarikh dan rancang sebaiknya.


Semua orang tahu, kebaikan vaksinasi bukan saja dapat melindungi diri kita dari risiko bahaya Covid-19. Tapi kebaikan vaksinasi juga dapat menjimatkan perbelanjaan untuk beli tiket kapal terbang dan tempahan hotel! 


Iyeeee, betul ...ni bukan auta tapi fakta! Traveloka akan bagi diskaun istimewa 15% bila menempah tiket kapal terbang dan 10% untuk tempahan bilik hotel. Semua ini istimewa untuk mereka yang dah lengkap vaksin. Cun tak? cunnnn...! Bukan tu saja, kita boleh menuntut pelepasan cukai sehingga RM1000 dari promosi ini sehingga 31 Disember 2022.




So pada mereka yang dah lengkap vaksin, gunakan MySejahtera anda untuk menikmati tawaran terbaik ini untuk bawa keluarga pergi bercuti. Pada 'kaki' travel, lagilah suka kan! Sekurang-kurangnya MySejahtera tu takdala asyik guna untuk scan masuk keluar pasaraya je kan hehe.



Walaupun rasa happy nak pergi bercuti, kerisauan tu pasti ada sedikit. Ye la, walaupun kita dah lengkap vaksinasi kita tetap perlu menjaga SOP yang ditetapkan oleh KKM. Untuk itu, Traveloka juga menyediakan info-info terkini tentang Covid-19 serta menyediakan perkhidmatan tempahan PCR Test untuk mereka sebelum memulakan perjalanan.


Selain itu, Traveloka juga sedia memberikan refund dan reschedule penerbangan sekiranya diperlukan demi keselesaan kepada pelanggan. Maksudnya, kita boleh minta bayaran balik tiket kapal terbang yang kita dah beli sekiranya berlaku hal kecemasan dan kita juga boleh minta penjadualan semula penerbangan ke tarikh lain.


Dah setel bab tiket kapal terbang, kita pergi ke tempahan hotel. Ada banyak pilihan hotel, chalet, BnB, villa dan apartmen mesra keluarga yang boleh kita pilih di Traveloka. Since aku bawa keluarga, mestilah nakkan penginapan yang selesa dan mempunyai kemudahan asas yang diperlukan sepanjang berada di sana nanti.


So, kita tak perlu pening-pening kepala. Semuanya di hujung jari, hanya perlu cari hotel atau villa yang sesuai. Pilihanku dah semestinya yang dekat dengan pantai. So bila boleh menikmati pemandangan indah dan bila turun jalan kaki sikit dah jumpa pantai! Oh syoknyeeee ...!



Bagi mereka yang ingin tempah bilik hotel untuk tarikh kemudian, tempahan hotel lebih mudah dan fleksibel bila menggunakan aplikasi Traveloka. Dengan aplikasi ini, kita boleh buy now, stay later serta menikmati baucer tempahan pada harga istimewa dan boleh merancang untuk check-in bilik hotel pada tarikh lain serta menikmati room complimentary upgrade.


Tak sabar rasanya nak tunggu cuti sekolah bawa anak-anak ke Pantai Batu Feringgi dan Pantai Teluk Bahang di Penang. Sebab tu kena survey dari sekarang penerbangan dan hotel Penang. Lagipun, kalau tempah sekarang kita boleh dapatkan hotel promo pada harga yang lebih menjimatkan. Barulah boleh pergi jalan-jalan makan angin sepuas-puasnya sambil main air tepi laut!



Saturday, November 20, 2021

Saturday, November 20, 2021

Fully vaccinated and still alive!

 

The time has come for my both precious pearls to get their 2nd dose of vaccine. They both were really excited ever since they got their 1st dose appoinment especially my second pearl, Mira. They have no fear of needles whatsoever which I'm soooooooo grateful for that!😂 But when I asked them to watch the injection process ... they turned their faces away! Still grateful though haha.


The whole process took very little time and faster than the 1st dose. And I took this opportunity to join them when they came for 2nd dose. I really wanted to be with them through the whole process so that they were not scared or anything, but it seemed mommy was just overreacting!😂


Mira's fully vaccinated and happy

Waiting to be called

kakak's fully vaccinated and mommy 
fully boosted!😁


They got their 1st dose in October and it went very well with no complications. So I thought may be I should get ready the Paracetamol after their 2nd dose, but fortunately they passed that too!😁😂


And during kakak's 2nd dose, me and my husband decided to walk-in for the booster at the same center. Thankfully, we got the slots available that day, rolled-in, injected and came out alive!




Not forgetting my mother who also got her booster last week via MySejahtera appoinment. I'm so grateful that we all fully vaccinated+booster finally. Can't wait to bring my pearls for a short vacay which I hopefully can fulfill for them.



Thursday, October 28, 2021

Thursday, October 28, 2021

Siapa kena nebulizer treatment tu?

 

Assalamualaikum! Ginila bila anak-anak bulus ramai mengalahkan manusia hehe. Bila tak sihat mula la mama risau tak lena tidur dibuatnya. Seminggu selepas amik Dino dari pasar, dia mula mengalami selsema. Aku ingatkan selsema biasa macam kucing lain.


Tapi kali ni Dino selsema terus lepas tu kerap bersin. Hidung basah jangan cakapla hehe sampai kami gelar dia CINGUS!😂 sebab hingus meleleh doploh patjam. Dah la tu sekali pulak ngan pakej nafas berbunyi atau macam orang semput tu ...ha! 


Aku dah risau sebab lain macam bunyi nafas dia. Nafas berbunyi dan seperti ada benda tersekat di kerongkong dia. Tapi selera makan dia ok dan aktif seperti biasa. Cuma kesian sebab kita boleh dengar nafas dia tu dan betapa susahnya dia tarik nafas.




So, aku bawak dia pergi vet. Doktor pun bagitau Dino punya kahak sudah nak sampai ke paru-paru!😱 Dino kena jalani nebulizer treatment sebanyak 3 kali (1 sesi 1 kali) untuk cairkan kahak.


What?? nebulizer treatment? neb macam orang semput selalu amik kat klinik tu ke? Huh ... dah macam kucing semput dah si Dino ni. Aku bayangkan Dino pakai neb letak kat hidung tu😂😁 Maafkan mama tergelak😂


kredit gambar : FB Kitty's Cottage Desa Pandan



Macam mana ye rupa diaorang buat nebulizer treatment kat Dino tu? Di waktu pandemik macam ni, owner tak boleh masuk dalam bilik rawatan dan konsultasi pun hanya melalui telefon saja. Aku kena bawak Dino tiga kali ke vet (selama 3 hari) untuk buat treatment tu.


Sempat aku tanya vet tu macam mana rupa nebulizer treatment tu. Adakah kena pakai alat tekup kat muka tu? Vet cakap, kucing akan diletakkan dalam satu chamber pastu ubat (gas) akan dilepaskan dalam chamber tu untuk kucing sedut selama 30 minit. Senang citer macam gambar di atas la.


Satu sesi RM30/30 minit.






Gitu gini kena dalam RM100+ (ubat + neb 1x) gak la. Doktor bagi ubat antibiotik, ubat anti-radang, ubat cair kahak, ubat selsema, dan multivitamin. Ini tak termasuk untuk dua lagi sesi neb yang Dino kena buat.


Alhamdulillah sekarang dah kurang bunyi nafas dia. Hingus pun dah tak meleleh. Selsema beransur baik. Overall ubat + 3x nebulizer treatment kena dalam RM160+ huhu.

Wednesday, October 27, 2021

Wednesday, October 27, 2021

Berita Tergempar! - Kucing Kena Tuduh (KKT)

 

KUALA LUMPUR - Dua suspek utama yang terlibat dalam satu kejadian meroboh almari tudung di sebuah rumah di kuala lumpur malam tadi telah dikenalpasti.

Kejadian tersebut disyaki ada kaitan dengan komplot untuk panjat naik ke atas oleh kedua-dua suspek dalam satu sesi kejar mengejar dalam rumah.

Ketika kejadian, mangsa (yakni mama) tiada dirumah kerana sedang bertugas. Almari yang penuh dengan tudung mangsa dipercayai roboh bersama besi dan penyambung menyebabkan kesemua tudung mangsa bersepah diatas lantai.

Mangsa hanya menerima panggilan video dari suami mengatakan bahawa almari tudung telah roboh dikerjakan dua ekor suspek. Melalui panggilan video tersebut, jelas kelihatan kelibat suspek-suspek sedang lari bertempiaran apabila menyedari kejadian tersebut.


KKT 1 - Millie

KKT 2 - Dino

Almari tudung milik mangsa



Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Anak-anak mangsa telah dikerahkan untuk memindahkan kesemua tudung mangsa ke tempat yang selamat. Walaubagaimanapun, almari tersebut tidak dapat diselamatkan.

Kedua2 suspek masih belum ditangkap dan disiasat sehingga kini dan masih bebas. Mangsa yang baru saja pulang dari kerja dan masih terkejut dengan kejadian itu telah bertindak mendukung,memeluk dan mencium kedua2 suspek utama sebagai amaran keras. Mangsa berharap suspek2 itu akan insaf dengan jenayah yang dilakukan.


Dilaporkan oleh : Mama (mangsa redho)

Thursday, October 21, 2021

Thursday, October 21, 2021

Milla & Blood Parasite

 

Assalamualaikum! Kucing kalau sakit mulut, jangan kita sangka dia hanya sakit mulut! Dalam kes Milla, aku sangkakan dia sakit mulut sebab simptom-simptom tu dah ada dan jelas. Namun, bila bawa pergi vet rupa-rupanya lain yang timbul!


Anak-anak mula perasan mulut Milla berbau busuk bila dia menguap atau mengiau. Bila dia tidur perasan mulut dia berair. Aku juga perasan Milla tak berapa nak makan dan berat dia sangat ringan! Biasanya kalau time makan, dia akan berlari datang kat kita. Tapi hari tu, dia hanya mampu cium makanan dan berlalu pergi.


Ada sekali tu, dia nak makan kibbles dan bila nak gigit tu, tersenget-senget mulut dia. Pastu keluar bunyi seperti gigi bergesel dengan gigi. Aku juga jumpa serpihan gigi gugur dalam rumah. Aku syak dia ni memang sakit mulut. Sebab Putam, Mia dan Millie takda pulak kena macam dia.





Laju-laju wassap vet booking slot. Alhamdulillah esoknya, aku bawa Milla dan cakap yang dia sakit mulut. Aku syak ulser sebab dalam mulut dia ada luka sikit, nanah dan gusi bengkak. Simptom-simptom inilah yang menguatkan lagi syak wasangka aku yang Milla sakit ulser. Main syak-syak je kan hehe walhal vet tak cakap ape lagi.


Akhirnya, vet mengesahkan Milla sakit bukan disebabkan ulser. Tapi melalui ujian darah yang dijalankan Milla disahkan kena Blood Parasite! Aduhhh.... penyakit ape pulak ni. Ulser tu hanya secondary sahaja, tapi yang menyebabkan Milla sakit ialah Blood Parasite.


Secara ringkasnya, Blood Parasite menyebabkan jaundice (penyakit kuning) yang disebabkan oleh kutu. Memang ada nampak kuning dalam telinga dan paw dia tapi sikit je la tak ketara sangat.


Oohhhh rupanya kutu penyebab Milla sakit macam ni. Vet bagi ubat antibiotik, anti-radang, multivitamins. 


Penting sangat kita sebagai penjaga, bila kucing sakit tidak boleh makan sendiri kita kena force-feed (paksa makan) sementara nak bawa pergi vet. Sebelum Milla pergi vet, dia memang dah tak berapa nak makan dan tak aktif. Minum pun dia takmau kerana sakit mulut. Jadi, aku akan guna syringe untuk bagi wet food dan air pada dia. Selain tu, aku bagi air kelapa tanpa gula. Bagi dia setiap dua jam biar dia kembali bertenaga sikit.




So, barulah aku tahu Milla sakit bukan sebab ulser tapi sebab kutu. Nampak je macam remeh kan benda ni. Tapi kutu ni bukan je penghisap darah tapi bagi penyakit lain kat kucing kita. So langkah pencegahannya, berikan ubat kutu pada anak-anak bulus kita ye.


Alhamdulillah, Milla dah sembuh dalam masa kurang seminggu. Dia dah berselera makan, aktif dan mulut tak sebusuk dulu. Giginya juga kembali tumbuh dan gusinya pulih seperti biasa.

Monday, October 18, 2021

Monday, October 18, 2021

Mochi kena Konjunktivitis!

 

Assalamualaikum! Masa bela kucing zaman sekolah rendah dulu, aku kurang sangat bab penjagaan dan rawatan kucing ni. Yang aku tahu, aku suka dan sayang sangat dengan kucing. Aku tak ambil tahu langsung tentang kepentingan vaksin dan kenalpasti penyakit pada kucing. Yang aku tahu, kalau kucing sakit bawa pergi vet.


So bila dah ada enam ekor dalam rumah ni, aku kena ambil tahu juga serba sedikit ilmu tentang penjagaan dan rawatan penyakit pada kucing. Senang untuk aku kenalpasti apa penyakit dan puncanya. Sebab tu, penting untuk kita baca post-post perkongsian tentang kesihatan kucing di grup2 FB. Dari situ kita boleh tahu apa perlu buat sekiranya kucing kita dijangkiti penyakit yang sama.




Jujur, aku tak pernah ada lagi kucing yang sakit mata. Jadi bila mata Mochi mula membengkak aku tertanya penyakit apa pulak Mochi ni ada. Dalam enam ekor, dia sekor je yang sakit mata. Bayangkanla dari mata dia bulat dan buntang macam tu, mula jadi berair dan 3 hari pastu selaput dalam mata membengkak dan merah sehingga menutupi mata. Mula-mula, aku lapkan dengan air suam tapi tetap berair dan merah (cuma belum bengkak).


Nyesal pulak aku tak amik gambar mata dia sakit aritu. Tak senang hati  tengok dia tak selesa dan tak aktif macam biasa. Barangkali gatal dan tak selesa bila mata berair, merah dan bengkak. Asalnya, berair macam tu (dalam gambar) je tapi boleh jadi macam ni👇


picture credit : google


Macam ni la rupa mata Mochi lepas seminggu kena sakit mata. Aku dah set appoinment awal tapi vet tu tutup sebab ada kes Covid-19 pulak. Bila dah buka semula, cepat-cepat aku bawa dia. Doktor buat ujian darah dan mendapati tiada virus merbahaya dalam badan Mochi.


Vet sahkan Mochi kena Konjunktivitis! Mujurlah dia sekor je yang kena. Vet bagi ubat antibiotik, ubat anti-radang dan ubat titis mata untuk Mochi. Aku tak berani nak rawat sendiri sebab aku takda pengalaman untuk penyakit mata kucing. Lebih baik kita serah pada yang pakar je.





Alhamdulillah tak sampai seminggu, mata Mochi kembali bersinar dan bengkak pun dah surut. Ubat antibiotik tu kena habiskan, walau apapun yang terjadi hehe. So next time, kena alert kalau mata membengkak macam ni. Kalau  mata kucing masuk pasir atau habuk dia merah dan berair kejap je. Lepas kita sapu kapas/tisu dengan air suam, mata akan elok.


Tapi kalau masih berair dan merah lepas 3 hari lebih baik bawa pergi vet je. Sekian, pengalamanku 😄


Friday, October 15, 2021

Friday, October 15, 2021

Nak mandulkan ke tak nak?

 

Assalamualaikum! Setakat ini Putam dan Mia dah selamat dimandulkan. Kalini turn Milla dan Millie pula. Pejam celik pejam celik, Milla dan Millie dah menginjak ke usia 6 bulan. Jadi memang sesuai sangatlah dengan usia dan berat serta kondisi kesihatan mereka.


Milla dan Millie ni bukan stray. Walaupun owner diaorang tak pernah tanya khabar macam owner lama Mia, tapi aku akan pastikan mereka dijaga dengan baik. Dari hari pertama sehingga kini, aku pastikan mereka dapat vaksin mengikut jadual dan ubat sekiranya sakit. Aku rasa tahun ni aku banyak pergi vet dari pergi klinik manusia hehe.


Selain dari ubat cacing, ubat kutu dan vaksin kucing kita kena juga consider untuk mandulkan mereka. Aku tahu isu mandulkan kucing ni sensitif di kalangan pencinta kucing. Walaupun telah keluar fatwa  mengharuskan dengan sebab demi kemaslahatan kucing itu, namun masih ada perbezaan pendapat. 


Masa umur 2 bulan



Takpelah...kita raikan perbezaan pendapat. Nak mandulkan kucing sila buat, tak nak mandulkan pun takpe. Bagi aku perlu demi kebajikan dan kesihatan mereka. Kita juga perlu fikir ruang dalam rumah ni bukan cukup untuk bela sampai 20-30 ekor. So kalau ibu kucing asyik beranak je, celah mana aku nak sumbat anak-anak dia nanti?


Kucing-kucing lebih terjamin kesihatan dan kurang risiko terkena penyakit. Pencinta kucing mesti lebih tau kan kos rawatan dan ubat kucing lagi mahal dari kos maintain kesihatan diaorang. So kita nak yang mana??

So, aku setkan appoinment untuk diaorang hujung bulan 9. Aku amik pakej vaksin+mandul RM170/per kucing. Harga mandulkan betina lebih mahal dari jantan. Harga ni termasuk 3 hari 2 malam di klinik. So kalau dua ekor ....? Kira sendiri hehe. Ingat suka-suka ke nak kluar duit beratus-ratus kalau takda sebab?



Milla

Millie


Aku hantar vet 30/9 dan amik diaorang pada 2/10. Sunyi rumah mereka berdua takda. Walaupun ada empat ekor lagi tapi riuh tu takde hehe. Alhamdulillah doktor kata hanya perlu pantau supaya jahitan tak terbuka atau terbelah. Haa yang ni teruk sikit sebab dua ekor ni memang lasak suka bermain dan tak suka dikurung. Lagi kau kurung, lagi hebat dia melompat nak keluar.


Last-last aku lepaskan aje dalam rumah dan anak-anak tolong tengokkan dua ekor ni. Doktor kata, kalau ada bengkak keliling jahitan tu maknanya kucing tu banyak bergerak, sebab tu otot perut tu macam bengkak tapi takda masalah apapun. Cuma kita kena pastikan bahagian tu tak luka, berair atau bernanah.



2/10/2021 - Merah tu bukan darah baru 
ye cuma bekas jahitan

8/10/2021 - Bekas jahitan hampir tak nampak dah


Vet ada bagi ubat anti-radang tapi aku bagi bila perlu je. Tengok Milla dan Millie sihat dan aktif tak nampak sakit so aku stop bagi. Alhamdulillah, seminggu je dah sembuh luka dan hampir tak nampak parut. Nanti bila bulu dah tumbuh balik kat situ langsung xnampak kesan jahitan tu.


Setel sudah empat ekor dalam rumah ni dimandulkan. Tinggal lagi dua ekor. Tak dinafikan banyak pakai duit bila bela kucing ni terutama indoor. Tapi bila kau dah setel vaksin dan mandulkan kucing, insyaAllah kurang sikit la belanja tu cuma maintain makanan vaksin tahunan je. 


Wednesday, October 13, 2021

Wednesday, October 13, 2021

Dino

 

Assalamualaikum! Aduh...memang cakap tak serupa bikin la. Kata dah insaf tak nak amik lagi. Tapiiiiii .... susah la kalau hati tisu ni hehe. Yang ni pun mangsa keadaan juga. Sebenar-benarnya, aku tak plan pun nak amik dia. Tapi bila aku tengok dia sesekor kat tepi jalan depan pasar, aku jadi 'lemah'. 


Pagi tu aku nak beli sarapan, teringin nak makan nasi lemak kat Pasar Kg Pandan. Dah beli makanan, aku keluar berjalan nak ke kereta, tetiba ternampak kelibat anak kucing ni sekor kat bawah pokok mengiau. Tak nampak ibunya atau adik beradiknya, hanya dia seekor.


Ya Allah ... mana la sampai hati kau nak blah macam tu je. Dah la dia mengiau minta makan (atau ibu). Memang tak sampai hati aku cakap ngan suami. Aku minta izin bawa dia balik, suami cakap kat rumah dah ada lima ekor tau. Takpe... kalau dah rezeki dia dengan kita nak wat cemana. Tak senang hati selagi tak amik dia. Suami izinkan ... apo layi dengan pantas aku amik dia bawa masuk kereta hehe.




Masa amik dia, aku tak perasan pun dia tu betina atau jantan.  Muka macam sweet sweet bersopan santun tunduk malu tu dah tentulah betina kan. Sekali dah sampai umah time nak mandikan, angkat ekor baru tau dia jantan! haha.


Alahai takpela...abg Putam ada geng sekor dalam rumah. Takdala asyik dikelilingi oleh betina je kan hehehe. Macam aku cakap, aku tak plan nak amik dia sebab Mochi pun baru sebulan duduk ngan kami. Tapi rezeki dia dan ketentuanNya yang melembutkan hati kami.





Aku anggarkan umur dia tak jauh beza dengan Mochi. Sama saiz lebih kurang, perut buncit tapi takdala kurus kering macam Mochi. Aku bagi nama Dino sempena kucing yang aku bela dulu masa zaman sekolah. Manja dan aktif dia sama macam Dino. Cuma Dino tu dulu betina.


Dino sangat manja dan mudah purr purr. Dia punya aktif tak boleh dibawa bincang ye. Mula-mula, dia suka kencing kat alas kaki dapur. Berak pandai pulak dia masuk jamban huhu. Tapi lepas sesi 'kaunseling' beberapa kali baru dia berhenti kencing situ.  Sama gak macam Mochi, senang nak train dia masuk jamban kucing. 






Awal bulan ni aku bawa dia pergi vet buat checkup dan bagi ubat cacing serta vaksin pertama Dino. Macam biasa la bila ada kucing baru masuk rumah, kena "hiss" dulu ngan geng otai haha. Tapi Dino wat lek wat pis je dengan semua ekor. Amik masa seminggu gak la untuk diaorang terima dia. Lepas tu riang ria dalam rumah tu dengan enam ekor!

What? ...enam ekor? six cats???! Aku macam tak percaya aku ada enam ekor kucing dalam masa 6 bulan haha. Ya Allah .... penangan PKP ke ape ni. Orang lain beranak kluar anak, aku 'beranak' kucing je hahahahaha. Alhamdulillah ...nak sangat kan! Allah bagi enam ekor kat kau Nim!




Aku cakap ngan anak-anak, cukupla enam ekor ni. Rumah kite bukan besar mana pun. Sekali anak aku cakap, "takde  maknenye .... mama cakap je dah insaf tapi amik lagi. tau-tau je dah ada dalam rumah", ahahaha! Ye sungguh..ini last mama janji :p


Tuesday, October 12, 2021

Tuesday, October 12, 2021

Mochi

 

Assalamualaikum! Kusangkakan empat sudah mencukupi. Namun, takdir Ilahi menemukan aku dengan nombor lima! Satu hari suami wassap bagitau ada jumpa anak kucing baru turun dari bumbung rumah. Ceritanya, ibu kucing tu bawa naik anak-anak dia ke atas bumbung dan tinggalkan mereka disana. Tak diketahui nasib anak-anak kucing itu selepas seminggu, tapi ada sekor berjaya turun ke tanah.


Suami amik gambar dan bagi aku tengok. Terus jatuh cinta! Tak sampai hati aku nak biarkan anak kucing tu keseorangan. Dalam hati tu berkata ... kat rumah dah ada empat ni. Never mind...rezeki dia. Tanpa berlengah, aku minta suami bawa balik anak kucing tu.





Kesiannya dia. Menjadi mangsa keadaan. Ibunya tak berapa nak hiraukan anak-anak walaupun mereka masih menyusu. Suami kata, ibu kucing tu masih 'mencari' jantan. Begitulah keadaannya kalau kucing tidak dimandulkan, terutama kucing jalanan atau stray.


Itupun masih ada yang kata tak baik mandulkan kucing ... menghalang fitrah semulajadi la, meyekat nafsu kucing la. Ni anak-anak yang ada terbiar, si ibu nak bunting lagi. Apoooooo!






Dipendekkan cerita, awal bulan 8 hadir lagi seekor anak kucing dalam rumah kami. Saiznya tersangat kecil dan perutnya membuncit. Hanya tinggal kulit dan tulang je! Tapi tiada kurap atau luka-luka. Sampai dirumah, aku asingkan dulu letak dia dalam sangkar.


Style kucing-kucing aku ni, diaorang akan 'hiss' bila tau ada kucing baru dalam rumah. Jadi kena amik masa nak bagi diaorang mesra dengan anak kucing ni. Oh ya, lepas berjam-jam cari nama akhirnya kami bagi nama dia Mochi.






Mochi sejenis independent. Kesian dia, seawal usia sebulan tak dapat merasa susu ibu. Aku try bagi susu Midalac tapi dia takmau. Susu Mia pun dia takmau. Dia tak mencari-cari kelibat 'si ibu'. Dia tak kisah kalau kucing-kucing lain "hiss" kat dia. Dia buat hal dia je. Dia rasa nak main, dia main sorang. Dia rasa nak tido dia tido sorang.

Sedih pulak tengok .... tapi itulah yang buat aku sayang kat dia tu. Nak latih dia berak kencing pun senang. Walaupun dia takda pengalaman berak dalam jamban kucing, tapi bila aku 'guide' dia mana jamban kucing, pandai dia membuang kat situ.




Aku tak tunggu lama untuk bawa Mochi pergi jumpat vet. Terus aku buat appoinment dan bagi dia ubat cacing (deworm) serta vaksinasi. Ada sekali tu, Mochi kena konjunktivitis (sakit mata). Penyakit mata ni menyebabkan kelopak mata dia membengkak dan hampir menutupi mata. Bawa pergi vet, doktor bagi ubat mata, antibiotik, anti-radang. Kena jugak hampir seratus tapi ada rezeki dia alhamdulillah.


Bila kita amik anak kucing stray, ada tiga benda yang kita kena pastikan. Mereka perlu diberikan ubat cacing, ubat kutu dan vaksin (mengikut umur dan berat). Lengkap ketiga-tiga ni, insyaAllah sihat. 


Kini selepas dua bulan, Mochi maintain sihat, gebu dan aktif. Berat pun dah lebih sekilo. Cair aku dengan muka dia macam tu. Manja budak kecik ni ... tambah kalau dia tengah purr purrr hehe.

Friday, October 01, 2021

Friday, October 01, 2021

Si Kembar Calico (Milla & Millie)


Assalamualaikum! So I thought ... I could live with JUST two cats. Apparently .... NOT! hehehe. Putam dan Mia semakin hari semakin 'kamceng'. Mana Mia pergi, Putam akan ngekor. Main sama-sama, makan sama-sama, tido sama-sama. 


Dan tangan ni pun semakin 'gatal' baca pos-pos pasal cat adoption kat FB. Masa ni Putam dan Mia dah berusia dalam enam bulan.  Putam dalam fasa gatal merenyam nak mengawan dengan Mia, tapi Mia tak layan hahaa. Tapi dalam masa yang sama aku dah set appoinment untuk mandulkan Putam. Yang tu kite story lain la ye.


So, Putam dan Mia bukan baby kitten lagi. Dan aku teringin nak ada baby kitten. Sekor jadi la. So aku skrol dalam group kucing dan aku jumpa satu post yang nak let go dua ekor baby calico. Dua? Ok ...




So aku try tanya owner tu tentang kembar calico ni dan masih available. Sebenarnya, diaorang ada adik beradik lagi, tapi kembar ni je yang available for adoption. Masa ni diaorang baru berumur sebulan. Menurut owner lama, ibu diaorang ni tak endahkan anak-anak lepas lahir. Oooo ni kes kurang kasih sayang la ni.


Dipendekkan cerita, kembar calico betina ni selamat sampai dirumah pada 25/5/2021. Lebih kurang sebulan selepas aku amik Mia. Hok aloh.... dari dua jadi empat terus hahaha.  


Aku bagi nama Milla dan Millie. Memula tak berapa nak cam jugak yang mana satu Milla dan Millie kan, tapi senang je rupanya. Yang idung belang tu Milla :p




 

Anak-anak lagi suka dapat baby kitten! Seronok sorang pegang sekor haha. Bila aku balik, dua-dua aku 'gomol' haha. Malam pertama dengan kami, diaorang bantai berak atas tilam. Pastu aku kurung kejap diaorang dalam sangkar dengan 'jamban' kecil.


Bila diaorang dah start boleh berak sendiri dalam 'jamban' tu, aku keluarkan dari sangkar dan diaorang dah boleh pergi 'jamban' besar macam Putam dan Mia. Tak lama pun nak train diaorang ni. Masuk malam kedua, dah boleh pergi jamban sendiri. Legaaaaa!


Begitulah permulaan Milla dan Millie. Dalam masa dua bulan, empat ekor dah ada dalam rumah hahaha. Aku rasa 'penyakit' ni makin teruk berjangkit. Tapi aku suka! :p


Wednesday, September 29, 2021

Wednesday, September 29, 2021

Mia

 

Assalamualaikum! Selepas kehadiran Putam dalam keluarga kami, semuanya seperti pelangi. Indah ... berwarna-warni ... hidup penuh ceria hahaha. Ah, macam citer novel pulak. Tapi betul ... sejak Putam ada, emosi kami sekeluarga lebih stabil huhu. Anak-anak jadi bersemangat, rajin dan tak bosan. Putam pulak rajin melayan dan manja. Aku yang balik kerja pun hilang penat melayan gelagat Putam.


Masa amik Putam umur dia dalam anggaran 4 bulan. Selepas sebulan dengan kami, Putam mula berubah. Dia menunjukkan simptom-simptom kesunyian. Dia nak kawan pulak dahhhh. Kami plan nak bela dia sekor je, tapi perancangan Allah itu Maha Hebat kan. Dan disinilah aku bermulanya perkenalan kami dengan Mia.



Mia ni bukan kucing stray macam Putam yang aku amik dari klinik. Mia aku jumpa dalam adoption group kucing di FB. Bukan aku tak cuba cari stray tapi masa ni seolah-olah semua kucing tepi jalan 'menyorokkan' diri. So, aku try kat FB usha dan survey berhari-hari sehinggalah satu hari aku chat dengan sorang owner ni yang sememangnya juga bela banyak kucing dirumahnya. 


Tapi disebabkan oleh masalah penyewa, maka kucing2 beliau terpaksa dilepaskan kepada owner baru. Dipendekkan cerita, aku berkenan tengok Mia. Warna dah sama macam Putam, cuma dia ekor panjang muka macam jepun hehe.



Akhirnya, hujung bulan April bertemulah kami dengan Mia buat pertama kalinya. Mia pun lebih kurang sama besar dengan Putam, so aku anggarkan umurnya juga tak jauh beza dengan Putam. Syukur la Putam tak marah bila nampak Mia pertama kali. Biasanya kucing yang baru bersua ni akan bagi bunyi 'hisss hisss'. 


Tapi Putam bagai pucuk dicita ulam mendatang bila jumpa Mia. Dibau-baunya kawan tu dari ujung kepala sampai ke montot! Dapat kawan baru la katakan heheee.





Alhamdulillah Putam dah ada kawan baru. Aku tak tukar nama Mia sebab owner dia kata, Mia respon kalau dipanggil. So kita kekalkan nama Mia. Masa ni dua-dua belum bawa pergi mandulkan. Putam pun baru sekali vaksin.


Fuh, dalam sebulan dah ada dua ekor dalam umah. Semuanya demimuuuuu Putam! :p


Wednesday, September 22, 2021

Wednesday, September 22, 2021

Putam

 

Anak-anak dah lama bersuara nak bela sekor kucing. Cuma aku je yang belum bersedia lagi. Kali terakhir aku bela kucing adalah pada tahun 2007. Masa tu yang tinggal hanya Dono dan Dino. Aku pernah mempunyai 7 ekor kucing. Ibu, Vinnie, Dono, Dino, Gemuk, Kurus dan Sayang (kucing stray).


Aku tak pernah amik gambar kucing2 dulu, tapi wajah mereka dan keletah mereka sekor demi sekor masih ku ingat sampai sekarang. Kasih sayang saje tak cukup untuk menjaga haiwan peliharaan. Kena ada ilmu baru lengkap kasih sayang tu. Dulu aku tak cukup ilmu. Yang aku tahu bawa balik ke rumah bagi makan, mandikan dan pergi vet kalau sakit atau untuk mandulkan.


Tapi kali ni aku cakap ngan anak-anak, kalau kita betul2 nak bela kucing, kita kena ada ilmu tentang cara nak jaga. Jangan hanya tahu main je, tapi bab kebersihan dan sakit mereka juga kita kena amik tahu. 




Dipendekkan cerita, hari tu kebetulan kakak kena amik suntikan vaksin Rubela (i think) kat sebuah klinik di Kota Damansara. 


Pagi tu kami sampai awal, klinik belum bukak. Tapi ada 'penunggu' setia kat situ sedang bermain-main dua ekor. Sekor oren bulu panjang ... betina. Sekor lagi putih tompok hitam ...ekor kemetot...jantan. Yang ekor kemetot ni punya manja dengan kami. Manja sangat dan bila dipanggil terus datang berlari! Mana 'tak 'cair'!


Aku berpakat dengan kakak, nak bawa balik yang ekor kemetot ni. So, aku patah balik ke kereta dan bagitau suami. Ikutkan hati, nak aje aku bawa balik dua-dua, tapi suami cakap amik sekor dulu la. Disebabkan aku nak betul-betul pastikan kucing tu bukan kepunyaan siapa2 (sebab dia tak pakai tag), so aku tanya pada nurse kat klinik tu mintak izin amik sekor bawa balik. Alhamdulillah...ekor kemetot ni takda tuan.






Tanggal 10hb Mac adalah hari dimana kami memiliki seekor kucing peliharaan yang pertama. Dalam kereta, kami bertiga dok bincang nak bagi nama apa kat dia ni. Akhirnya, P.U.T.A.M nama rasmi dia. Seekor kucing jantan stray yang comel dari Kota Damansara.


Terus aku set appoinment dengan vet untuk bawa dia pergi checkup. Aku tak nak jadi macam dulu. Dah sakit baru nak bawa pergi vet. Masa tu memang dah terlambat. Aku kena pastikan Putam divaksin dengan lengkap dan dimandulkan bila tiba masanya.


Sebelum kami amik Putam,  aku peringatkan anak-anak tentang tanggungjawab bila dah ada kucing dalam rumah. Setiap hari kena vakum dan mop dan mesti pastikan 'jamban' mereka bersih dan tidak berbau. Bab ni paling kena jaga, sebab aku tak mau satu rumah bau pekung kucing.





Dah lengkap vaksin, aku set appoinment untuk mandulkan dia pulak. Kenapa dia kena dimandulkan? Haaa yang ni nanti aku cerita lenkali pulak. 'Budak' ni memang wajibulghunnah dimandulkan! Bukan suka-suka. 


Itulah permulaannya. Sejak dari itu, Putam membesar dan melebar dengan jayanya. Dia menjadi kesayangan kami sekeluarga. Balik kampung mesti bawa dia. Lebih-lebih lagi sekarang ni, kakak dan adik masih pdpr di rumah so memang banyak luangkan masa dengan Putam. So, ok la kan jadi peneman dirumah ;).


We love you Putam!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.