Rangkaian Burger Malaysia yang popular kini sedang berusaha untuk terus bersusah payah pada masa ekonomi yang sukar. Apakan daya, virus Covid-19 ini benar-benar telah memberi impak. Baik untuk para peniaga seperti di bandar besar Kuala Lumpur mahupun di tempat lain dalam negara Malaysia yang kita cintai ini.
Perniagaan yang dulu popular hingga pelanggan sanggup beratur kini hanya ada beberapa pelanggan saja yang datang untuk membuat pesanan burger daging lembu atau ayam.
Untuk perniagaan burger yang punya banyak cawangan juga turut merasa tempiasnya apabila jumlah pelanggan menurun.
Di sebalik semua kebimbangan, takut kalau perniagaan sebegini tidak lama lagi terpaksa dihentikan operasinya, para pemilik perniagaan mula memikirkan cara bagaimana untuk menyelamatkan perniagaan mereka. Masing-masing mula berfikir cara kreatif untuk meneruskan perniagaan tanpa mengalami kerugian yang teruk.
Sekatan pergerakan di seluruh negara Malaysia memerlukan restoran ditutup pada jam yang lebih awal dan penutupan awal ini bermaksud penjualan menjadi lebih sedikit. Meja dan kerusi restoran kosong tidak seperti dulu yang meriah dengan pengunjung untuk duduk santai makan-makan sambil berehat dengan selesa.
Bila ini terjadi, syarikat terpaksa bertindak untuk mengurangkan kos. Pengurus kanan juga terpaksa dipotong gaji antara 10 hingga 25%. Jika dulu boleh upah pekerja sambilan di kalangan para pelajar universiti tetapi kini masing-masing mula memilih untuk tidak bekerja.
Mujurlah kerajaan Malaysia tidak memandang enteng terhadap apa yang berlaku. Buktinya kerajaan Malaysia membuka jalan untuk mendapat sedikit bantuan terhadap para peniaga kecil yang terjejas teruk.
Selain dari itu, para peniaga terus mempertahankan gaya pesanan makanan secara atas talian dengan menggunakan servis food delivery . Dengan adanya perkhidmatan pesanan online berserta dengan servis penghantaran makanan sebegini, secara tidak langsung pelanggan boleh terus membuat pesanan walau untuk dinikmati di rumah masing-masing.
Antara perkara yang sangat dititikberatkan oleh para pengusaha restoran makanan
yang popular ini adalah :
Urus secara proaktif.
Pelajari operasi dengan membuat kerja sendiri.
Utamakan pengekalan rasa dan kualiti.
Awasi kepuasan pelanggan
Tingkatkan pengalaman pelanggan
Ambil perhatian para reaksi semasa terhadap restoran
Sanggup melabur dalam iklan untuk perkenalkan lagi restoran.
Antara ciri-ciri restoran yang sangat berjaya pula adalah :
Makanan Sedap
Makanannya disediakan dengan baik dengan rupa yang menyelerakan
Menyediakan pelbagai pilihan minuman
Perkhidmatan yang baik oleh semua staff
Suasana yang selesa
Kos yang berpatutan untuk dibayar oleh pelanggan
Lokasi yang senang untuk parking kenderaan
Kepakaran Kulinari
Kebersihan sentiasa dijaga
Restoran adalah nadi bagi banyak komuniti. Di sinilah orang ramai boleh menikmati
menu kegemaran bersama keluarga, teman-teman dan insan tersayang. Tetapi
ketika dunia bergelut dengan cara bertindak balas terhadap COVID-19, para
peniaga turut bertindak cepat dengan menyusun strategi untuk mencari cara baru
buat melayani pelanggan seperti dulu.
Bantu pelanggan merancang dan membuat persediaan juga bagus. Salah satu
daripadanya dengan memuat naik info berkaitan menu yang ada termasuk servis
penghantaran makanan.
Servis begini boleh menjadi perhatian utama. Pastikan kemas kini info berkaitan
perniagaan makanan ini supaya orang boleh mencari maklumat dengan pantas.
Dengan kaedah ini juga, ianya menjadi lebih jelas apabila boleh dapat tahu ada
pelbagai pilihan makanan yang boleh diakses dan tersedia di kawasan berhampiran.
Antara menu rangaikan burger popular di Malaysia ini adalah seperti Mc’Donalds
(Halal), KFC (Halal), The Burger Shop SS15 (milik Muslim), Big Hug Burger (Halal),
Burger King dan banyak lagi.
Itulah serba sedikit info mengenai rangkaian burger yang popular di Malaysia dan
cara mereka mengendalikan operasinya dalam masa yang agak susah ini.
Rata-rata merasakan sedikit sebanyak tempias dari ujian yang kita lalui dalam
bentuk virus Corona-19 ini.
Sama-sama kita jaga diri dan jika dirasakan tidak penting untuk keluar, duduklah
di rumah dan bila lapar bolehlah buat pesanan makanan secara online saja.
Lagi-lagi untuk pasangan berkahwin yang punya anak, semakin kecil anak itu
bererti semakin bahaya untuknya jika dijangkiti virus Corona-19 ini.
Semoga apa yang kita lalui bersama-sama ini akan kembali segera pulih dan
sama-samalah kita menjaga keselamatan diri selalu. Ingat, terus stay home jika
tak ada perkara penting yang perlu dilakukan di luar.
No comments:
Post a Comment