Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakatnya yang berbilang kaum. Selain itu, setiap kaum yang terdapat di Malaysia juga bebas untuk mengamalkan budaya masing-masing selagi ianya tidak bertentangan dengan undang-undang negara.
Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia. Ianya diikuti pula dengan kaum Cina, India dan kemudian kaum minoriti yang lain. Masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia membuatkan ramai pelancong dari luar negara merasa selesa ketika datang bercuti ke negara kita ini.
Oleh kerana negara Malaysia memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah apabila makanan orang Malaysia juga terdiri daripada pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama-sama.
Antara hidangan yang popular dan digemari oleh rakyat Malaysia adalah seperti yang tersenarai di bawah.
1. Nasi Lemak
Nasi Lemak merupakan salah satu hidangan makanan Melayu yang sangat terkenal. Ianya diperbuat daripada beras yang dimasak dengan santan kelapa, bawang merah, halia dan juga daun pandan. Nasi Lemak juga dikenali sebagai juadah kebangsaan Malaysia, hidangan ini boleh dijumpai di seluruh Malaysia.
Hidangan Nasi Lemak yang terdapat di Malaysia biasanya mengandungi sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan juga telur rebus.
Akan tetapi terdapat juga penjual Nasi Lemak yang menyajikannya dengan lauk pauk lain contohnya sambal sotong, sambal kerang, telur goreng, ayam goreng, rendang dan sebagainya.
2. Roti Canai
Roti Canai merupakan sejenis roti leper yang diperkenalkan oleh masyarakat India. Hidangan ini boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu di Malaysia.
Hidangan ini diperkenalkan oleh imigran Tamil Muslim yang telah menetap di Malaysia. Hidangan ini juga turut dikenali dengan nama ‘roti terbang’, ini kerana proses pembuatannya memusingkan dan melemparkan doh ke udara sebelum di masak.
Pada kebiasaannya Roti Canai dimakan bersama kuah kari sama ada kari ikan, ayam, daging atau kambing, kuah kacang dhal dan juga sambal tumis. Namun, terdapat sesetengah orang yang gemar menikmati Roti Canai ini bersama gula pasir yang dicampurkan ke dalam kuah kari.
Roti Canai juga bukanlah roti kosong semata - mata, ia juga mempunyai pelbagai cara hidangan yang lain mengikut namanya iaitu Roti Telur, Roti Pisang, Roti Bawang, Roti Planta dan sebagainya. Terdapat juga Roti Tisu yang berbentuk seperti kon.
3. Char Kuew Teow
Char Kuew Teow merupakan makanan yang sangat popular yang boleh didapati di setiap pelusuk Malaysia. Ia bisanya digoreng dengan kepanasan tinggi bersama kicap cair, kicap pekat, cili, pes udang, udang, kerang, tauge dan daun kucai.
Selain itu, bahan lain yang digunakan untuk digorengkan bersama Char Kuew Teow juga ialah telur, udang, kerang, tauge dan lain-lain lagi. Hidangan ini juga turut disajikan diatas daun pisang yang diletakkan di dalam pinggan bagi meningkat kan lagi aromanya.
4. Nasi Kandar
Nasi kandar merupakan hidangan yang berasal daripada Pulau Pinang dan merupakan hidangan yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia.
Ia merupakan hidangan nasi putih yang disajikan bersama kuah kari serta lauk pauk tambahan. Ia biasanya dinikmati bersama ayam goreng, kari kambing, sotong goreng, udang goreng, ikan goreng daging lembu dan sebagainya.
Ia juga sering dihidangkan dengan sayur - sayuran seperti peria goreng, kubis goreng, ulam dan sebagainya. Hampir kesemua rakyat Malaysia sangat menggemari Nasi Kandar ini tidak kira di mana sahaja.
5. Nasi Briyani
Nasi Briyani merupakan hidangan nasi campur masyarakat India yang dimasak menggunakan beras basmathi. Ia dimasak bersama pelbagai jenis rempah ratus, yogurt, daging dan juga sayuran.
Antara ramuan dan rempah yang digunakan termasuklah buah pala, lada kering, bunga cengkih, minyak sapi, buah pelaga, daun bay, kayu manis, ketumbar, daun pudina, halia, bawang dan bawang putih.
Nasi Briyani ini juga terdiri dari pelbagai jenis seperti Briyani kambing, Briyani ayam, daging, cendawan serta Briyani sayuran. Kebanyakan juadah ini boleh didapati di restoran mamak atau restoran India di seluruh Malaysia namun terdapat juga beberapa restoran Melayu yang menyediakan hidangan ini.
6. Asam Laksa
Asam Laksa merupakan hidangan tradisi masyarakat Baba dan Nyonya. Hidangan ini merupakan mee beras yang disajikan bersama kuah ikan pedas. Keturunan Baba dan Nyonya ini pada asalnya merupakan imigran Cina yang datang ke Tanah Melayu. Mereka ini telah menggabungkan budaya Melayu yang diterapkan dalam kehidupan seharian.
Gabungan daripada dua unsur budaya ini telah menghasilkan hidangan Asam Laksa ini. Hidangan ini dimakan bersama bahan lain seperti hirisan timun, bawang, cili, nenas, daun salad, daun kesum dan juga bunga kantan. Mee laksa berwarna putih ini dimakan bersama kuah dan juga pes otak udang bagi menambah rasa yang lebih enak. Asam Laksa ini boleh ditemui di mana sahaja terutamanya di Pulau Pinang.
7. Teh Tarik
Teh Tarik antara minuman yang paling terkenal di restoran mamak dan diperkenalkan oleh masyarakat India. Malah, ia juga boleh di dapati di restoran-restoran biasa. Minuman ini digemari hampir kebanyakan masyarakat termasuklah kanak – kanak dan orang dewasa.
Teh Tarik ringkas sahaja bahan yang digunakannya. Serbuk teh yang dimasak terlebih dahulu sebelum dibancuh bersama susu pekat dan susu sejat sering menambat hati masyarakat. Buih yang terhasil dari teh yang ditarik menggunakan kole cukup memikat jiwa ramai orang.
Makanan di Malaysia memang banyak. Masing-masing mempunyai makanan kegemaran yang mengikut selera. Ada juga di kalangan pasangan yang punya makanan kegemaran berbeza. Namun begitu, ianya tak mendatangkan sebarang masalah.
Nak makan menu apa sekalipun, food delivery dari Foodpanda sentiasa ada untuk memberikan perkhidmatan terbaik mereka. Tak kira di mana lokasi, selagi ada servis Foodpanda, pelanggan dengan mudah boleh dapatkan makanan yang ingin di makan dengan cepat.
Jika dulu perlu pandu sendiri untuk beli makanan tapi kini makanan sudah boleh datang secara terus dari restoran ke depan pintu rumah mengikut lokasi yang diberikan.
Dengan adanya servis delivery makanan seperti Foodpanda ini, secara tidak langsung gaya hidup rakyat Malaysia semakin kelihatan moden dengan penjimatan masa tenaga dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment