Breaking

Tuesday, May 18, 2021

Tuesday, May 18, 2021

Kucing pertama kami - Puteh

 

Assalamualaikum warrahmatullah...


Selepas bertahun-tahun tak bela kucing, kali ni kami diberikan rezeki yang tak disangka. Ceritanya bermula pada awal tahun ini, lebih tepat lagi tanggal 12/2/2021. Masa ni perintah PKPB masih berkuatkuasa, kakak dan adik duduk sementara di kampung menemani uwan mereka.


So pagi tu, Mira buka pintu depan dan dia ternampak seekor kucing sedang berteduh di bawah kereta arwah atok. Lalu dia panggil kakaknya dan mereka buat video call dengan aku.


Melihatkan keadaan anak kucing ini, sepertinya dia mungkin tersesat jauh dari rumah tuannya. Badannya sangat kurus dan lemah. Bulunya kotor dan berdaki. Matanya berpasir dan dia hanya mampu duduk mendiamkan diri. Kakak terus buat video call dan bertanyakan aku cara bagaimana nak rawat anak kucing ni.



Dari suara dua beradik tu, memang kedengaran mereka sangat teruja sebab akhirnya jumpa jugak seekor kucing yang manja dan senang dibelai. Sebelum ni, kucing-kucing kat kampung tu kebanyakannya garang atau tak mesra alam hehe. Sebab tu bila Puteh datang, mereka dua beradik happy sangat!


Oh ya...kami namakan dia Puteh.


So kakak mandikan Puteh, bersihkan segala kekotoran dan keringkan bulu dia. Memang badannya lemah ketika ini. Lalu kakak bagi makan dan air. Malangnya, Puteh tak boleh makan sendiri. So kakak gunakan sudu kecil untuk suap dia. Untuk 4 hari pertama, Puteh tak 'membuang' dan itu satu petanda tak sihat bagi seekor anak kucing. Namun, bila disuap makanan dia mengunyah dan badannya sedikit bertenaga.


Bila uwan dapat tahu, terus uwan ambil sangkar kecil untuk tempatkan Puteh buat sementara waktu. Syahdu tengok Puteh tido lena dalam sangkar. Aku tak dapat bayangkan berapa hari dia kat luar sebelum ni dan bagaimana dia tido dan makan. Masa ni, angin kuat kat Melaka. Malam pun berangin.




Dalam perjalanan balik kampung, aku survey klinik vet berhampiran dan terus buat appoinment untuk keesokannya. Sebab aku tak dapat cuti lama dan Puteh perlu diperiksa segera. Mujur kat Duyong atas bukit tu ada satu klinik haiwan. Esoknya, kami bawa Puteh untuk pemeriksaan lanjut.


Since Puteh merupakan kucing pertama yang hadir secara tiba-tiba, aku tak sempat nak belikan apa-apa. So bawa dia pergi klinik letak dalam raga hehe. 






Alhamdulillah doktor cakap Puteh takda virus yang merbahaya. Cuma Puteh lemah dan sebelah matanya tak dapat melihat kerana tiada bebola mata. Doktor bagi ubat cacing, ubat selsema, vitamin C, multivitamin serta makanan khas untuk dia. Total bil lebih kurang RM130+. Syukur alhamdulillah rezeki Puteh.

Puteh punya pasal, aku belikan bantal dan carrier dari Shopee untuk dia lebih selesa. Tak perlu masuk sangkar.  Barang-barang ni sampai masa aku dah balik KL. So, kakak dan adikla yang handle. Aku ajarkan cara macam mana nak bagi Puteh ubat dan jaga dia.






Sebelum pergi klinik vet, Puteh tak 'membuang' selama 4 hari. Doktor cadangkan amik tisu basahkan air sikit dan gosok punggung dia untuk rangsang bagi dia 'membuang'. Alhamdulillah malam tu Puteh dah boleh 'membuang'! So setiap kali kakak kenala gosok untuk rangsang Puteh.

Sayangnya kakak pada Puteh, dia setia menjaga dan pastikan Puteh makan ubat ikut jadual. Tapi Puteh masih tak dapat makan sendiri dan dia tak jilat bulunya. Aku dah mula risau tapi aku taknak hampakan kakak. Dia beria dan berharap sangat untuk Puteh sembuh. Uwannya cakap, kalau Puteh sembuh kakak boleh bela dia.

Namun, Allah lebih sayangkan Puteh rupanya. Seminggu selepas itu atau tanggal 23/2/2021 Puteh telah pergi meninggalkan kami. Kakak ingatkan dia hanya tidur tapi mulutnya ternganga sedikit dan badannya keras. Terus dia buat video call kat aku.

Dengan rasa sedih dan terpaksa, aku cakap ye...Puteh dah takda kakak. Kakak diam. Dia nangis.


Moga Puteh damai disana



Puteh hanya sempat bersama kami selama lebih kurang 11 hari je. Itupun dah cukup membahagiakan kakak dan adik walaupun hanya seketika. Ternyata, Puteh sudah terlalu lama di luar sana dan badannya terlalu lemah dan tidak berdaya.

Esoknya, uwan tanam Puteh di belakang rumah. Dua beradik tu sugul...terutama kakak. Dia teringin sangat nak ada kucing dan bila Puteh datang dia rasa bersemangat dan happy walaupun Puteh tak sihat. Dia tak geli langsung dan setia bersihkan dan suap Puteh.


Rehatlah wahai Puteh...terima kasih kerana hadir dalam keluarga kami walaupun cuma sementara. Moga Puteh damai disana.


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.