Assalamualaikum warrahmatullah...
Selepas bertahun-tahun tak bela kucing, kali ni kami diberikan rezeki yang tak disangka. Ceritanya bermula pada awal tahun ini, lebih tepat lagi tanggal 12/2/2021. Masa ni perintah PKPB masih berkuatkuasa, kakak dan adik duduk sementara di kampung menemani uwan mereka.
So pagi tu, Mira buka pintu depan dan dia ternampak seekor kucing sedang berteduh di bawah kereta arwah atok. Lalu dia panggil kakaknya dan mereka buat video call dengan aku.
Melihatkan keadaan anak kucing ini, sepertinya dia mungkin tersesat jauh dari rumah tuannya. Badannya sangat kurus dan lemah. Bulunya kotor dan berdaki. Matanya berpasir dan dia hanya mampu duduk mendiamkan diri. Kakak terus buat video call dan bertanyakan aku cara bagaimana nak rawat anak kucing ni.
Dari suara dua beradik tu, memang kedengaran mereka sangat teruja sebab akhirnya jumpa jugak seekor kucing yang manja dan senang dibelai. Sebelum ni, kucing-kucing kat kampung tu kebanyakannya garang atau tak mesra alam hehe. Sebab tu bila Puteh datang, mereka dua beradik happy sangat!
Oh ya...kami namakan dia Puteh.
So kakak mandikan Puteh, bersihkan segala kekotoran dan keringkan bulu dia. Memang badannya lemah ketika ini. Lalu kakak bagi makan dan air. Malangnya, Puteh tak boleh makan sendiri. So kakak gunakan sudu kecil untuk suap dia. Untuk 4 hari pertama, Puteh tak 'membuang' dan itu satu petanda tak sihat bagi seekor anak kucing. Namun, bila disuap makanan dia mengunyah dan badannya sedikit bertenaga.
Bila uwan dapat tahu, terus uwan ambil sangkar kecil untuk tempatkan Puteh buat sementara waktu. Syahdu tengok Puteh tido lena dalam sangkar. Aku tak dapat bayangkan berapa hari dia kat luar sebelum ni dan bagaimana dia tido dan makan. Masa ni, angin kuat kat Melaka. Malam pun berangin.
Dalam perjalanan balik kampung, aku survey klinik vet berhampiran dan terus buat appoinment untuk keesokannya. Sebab aku tak dapat cuti lama dan Puteh perlu diperiksa segera. Mujur kat Duyong atas bukit tu ada satu klinik haiwan. Esoknya, kami bawa Puteh untuk pemeriksaan lanjut.
Since Puteh merupakan kucing pertama yang hadir secara tiba-tiba, aku tak sempat nak belikan apa-apa. So bawa dia pergi klinik letak dalam raga hehe.
Salam perkenalan.Saja datang singgah tambah kenalan.Jemput singgah blog Syu di https://www.syuderis.com/
ReplyDeleteTq sis salam perkenalan juga :)
Delete