Assalamualaikum! Selepas kehadiran Putam dalam keluarga kami, semuanya seperti pelangi. Indah ... berwarna-warni ... hidup penuh ceria hahaha. Ah, macam citer novel pulak. Tapi betul ... sejak Putam ada, emosi kami sekeluarga lebih stabil huhu. Anak-anak jadi bersemangat, rajin dan tak bosan. Putam pulak rajin melayan dan manja. Aku yang balik kerja pun hilang penat melayan gelagat Putam.
Masa amik Putam umur dia dalam anggaran 4 bulan. Selepas sebulan dengan kami, Putam mula berubah. Dia menunjukkan simptom-simptom kesunyian. Dia nak kawan pulak dahhhh. Kami plan nak bela dia sekor je, tapi perancangan Allah itu Maha Hebat kan. Dan disinilah aku bermulanya perkenalan kami dengan Mia.
Mia ni bukan kucing stray macam Putam yang aku amik dari klinik. Mia aku jumpa dalam adoption group kucing di FB. Bukan aku tak cuba cari stray tapi masa ni seolah-olah semua kucing tepi jalan 'menyorokkan' diri. So, aku try kat FB usha dan survey berhari-hari sehinggalah satu hari aku chat dengan sorang owner ni yang sememangnya juga bela banyak kucing dirumahnya.
Tapi disebabkan oleh masalah penyewa, maka kucing2 beliau terpaksa dilepaskan kepada owner baru. Dipendekkan cerita, aku berkenan tengok Mia. Warna dah sama macam Putam, cuma dia ekor panjang muka macam jepun hehe.
Akhirnya, hujung bulan April bertemulah kami dengan Mia buat pertama kalinya. Mia pun lebih kurang sama besar dengan Putam, so aku anggarkan umurnya juga tak jauh beza dengan Putam. Syukur la Putam tak marah bila nampak Mia pertama kali. Biasanya kucing yang baru bersua ni akan bagi bunyi 'hisss hisss'.
Tapi Putam bagai pucuk dicita ulam mendatang bila jumpa Mia. Dibau-baunya kawan tu dari ujung kepala sampai ke montot! Dapat kawan baru la katakan heheee.
Alhamdulillah Putam dah ada kawan baru. Aku tak tukar nama Mia sebab owner dia kata, Mia respon kalau dipanggil. So kita kekalkan nama Mia. Masa ni dua-dua belum bawa pergi mandulkan. Putam pun baru sekali vaksin.
Fuh, dalam sebulan dah ada dua ekor dalam umah. Semuanya demimuuuuu Putam! :p
No comments:
Post a Comment