Assalamualaikum! Masa bela kucing zaman sekolah rendah dulu, aku kurang sangat bab penjagaan dan rawatan kucing ni. Yang aku tahu, aku suka dan sayang sangat dengan kucing. Aku tak ambil tahu langsung tentang kepentingan vaksin dan kenalpasti penyakit pada kucing. Yang aku tahu, kalau kucing sakit bawa pergi vet.
So bila dah ada enam ekor dalam rumah ni, aku kena ambil tahu juga serba sedikit ilmu tentang penjagaan dan rawatan penyakit pada kucing. Senang untuk aku kenalpasti apa penyakit dan puncanya. Sebab tu, penting untuk kita baca post-post perkongsian tentang kesihatan kucing di grup2 FB. Dari situ kita boleh tahu apa perlu buat sekiranya kucing kita dijangkiti penyakit yang sama.
Jujur, aku tak pernah ada lagi kucing yang sakit mata. Jadi bila mata Mochi mula membengkak aku tertanya penyakit apa pulak Mochi ni ada. Dalam enam ekor, dia sekor je yang sakit mata. Bayangkanla dari mata dia bulat dan buntang macam tu, mula jadi berair dan 3 hari pastu selaput dalam mata membengkak dan merah sehingga menutupi mata. Mula-mula, aku lapkan dengan air suam tapi tetap berair dan merah (cuma belum bengkak).
Nyesal pulak aku tak amik gambar mata dia sakit aritu. Tak senang hati tengok dia tak selesa dan tak aktif macam biasa. Barangkali gatal dan tak selesa bila mata berair, merah dan bengkak. Asalnya, berair macam tu (dalam gambar) je tapi boleh jadi macam ni👇
picture credit : google
Macam ni la rupa mata Mochi lepas seminggu kena sakit mata. Aku dah set appoinment awal tapi vet tu tutup sebab ada kes Covid-19 pulak. Bila dah buka semula, cepat-cepat aku bawa dia. Doktor buat ujian darah dan mendapati tiada virus merbahaya dalam badan Mochi.
Vet sahkan Mochi kena Konjunktivitis! Mujurlah dia sekor je yang kena. Vet bagi ubat antibiotik, ubat anti-radang dan ubat titis mata untuk Mochi. Aku tak berani nak rawat sendiri sebab aku takda pengalaman untuk penyakit mata kucing. Lebih baik kita serah pada yang pakar je.
Alhamdulillah tak sampai seminggu, mata Mochi kembali bersinar dan bengkak pun dah surut. Ubat antibiotik tu kena habiskan, walau apapun yang terjadi hehe. So next time, kena alert kalau mata membengkak macam ni. Kalau mata kucing masuk pasir atau habuk dia merah dan berair kejap je. Lepas kita sapu kapas/tisu dengan air suam, mata akan elok.
Tapi kalau masih berair dan merah lepas 3 hari lebih baik bawa pergi vet je. Sekian, pengalamanku 😄
Alahai kesian Mochi.
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah dah sihat kembali ya
Syukur alhamdulillah :)
Delete