Assalamualaikum! So I thought ... I could live with JUST two cats. Apparently .... NOT! hehehe. Putam dan Mia semakin hari semakin 'kamceng'. Mana Mia pergi, Putam akan ngekor. Main sama-sama, makan sama-sama, tido sama-sama.
Dan tangan ni pun semakin 'gatal' baca pos-pos pasal cat adoption kat FB. Masa ni Putam dan Mia dah berusia dalam enam bulan. Putam dalam fasa gatal merenyam nak mengawan dengan Mia, tapi Mia tak layan hahaa. Tapi dalam masa yang sama aku dah set appoinment untuk mandulkan Putam. Yang tu kite story lain la ye.
So, Putam dan Mia bukan baby kitten lagi. Dan aku teringin nak ada baby kitten. Sekor jadi la. So aku skrol dalam group kucing dan aku jumpa satu post yang nak let go dua ekor baby calico. Dua? Ok ...
So aku try tanya owner tu tentang kembar calico ni dan masih available. Sebenarnya, diaorang ada adik beradik lagi, tapi kembar ni je yang available for adoption. Masa ni diaorang baru berumur sebulan. Menurut owner lama, ibu diaorang ni tak endahkan anak-anak lepas lahir. Oooo ni kes kurang kasih sayang la ni.
Dipendekkan cerita, kembar calico betina ni selamat sampai dirumah pada 25/5/2021. Lebih kurang sebulan selepas aku amik Mia. Hok aloh.... dari dua jadi empat terus hahaha.
Aku bagi nama Milla dan Millie. Memula tak berapa nak cam jugak yang mana satu Milla dan Millie kan, tapi senang je rupanya. Yang idung belang tu Milla :p
Anak-anak lagi suka dapat baby kitten! Seronok sorang pegang sekor haha. Bila aku balik, dua-dua aku 'gomol' haha. Malam pertama dengan kami, diaorang bantai berak atas tilam. Pastu aku kurung kejap diaorang dalam sangkar dengan 'jamban' kecil.
Bila diaorang dah start boleh berak sendiri dalam 'jamban' tu, aku keluarkan dari sangkar dan diaorang dah boleh pergi 'jamban' besar macam Putam dan Mia. Tak lama pun nak train diaorang ni. Masuk malam kedua, dah boleh pergi jamban sendiri. Legaaaaa!
Begitulah permulaan Milla dan Millie. Dalam masa dua bulan, empat ekor dah ada dalam rumah hahaha. Aku rasa 'penyakit' ni makin teruk berjangkit. Tapi aku suka! :p
No comments:
Post a Comment