Assalamualaikum! Selepas kejadian tragis yang menimpa almari tudung tahun lepas, aku hampir putus asa tau! Ye la, almari tu dekat tiga puluh ringgit aku beli di Shopee. Niat nak simpan koleksi tudung bawal aku dalam tu. Punya beria pasang last-last jadi 'mangsa' kerakusan anak-anak bulusku huhu.
Sejak aku menceburkan diri dalam dunia kontes, koleksi tudung bawal kian bertambah. Jadi aku perlukan tempat simpan tudung yang khas dan tersusun. Tapi aku lupa yang aku ada bela kucing, dan mereka suka memanjat! Panjat kerusi, panjat kotak, panjat meja dan akhirnya almari tudung aku jadi mangsa!
Aku kena cari almari yang baru secepat mungkin. Mana lagi aku nak simpan semua tudung-tudung bawal ni? Kena cari almari yang mereka takleh panjat! hehe. So, aku tengok-tengok dekat Shopee dan jumpa DIY 9 Cube Cabinet.
Sesuai sangat ni! Mereka mesti takleh panjat sebab material bukan daripada kain tapi Toxic Free PP Resin. Senang nak pasang, selamat, kalis air dan boleh tampung berat sehingga 10kg.
Masa aku beli, harganya baru lima puluh ringgit lebih je. Biarlah mahal sikit, janji tahan lama dan tahan lasak. Puas hati sangat bila simpan tudung dalam kiub ni, nampak kemas dan tersusun. Aku nak cari tudung pun senang, ikut warna. Yang penting, anak-anak bulus pun dah tak panjat atau cakar kuku.
No comments:
Post a Comment