Breaking

Monday, March 28, 2022

Milla kena Gingivitis

 

Assalamualaikum! Kucing kalau dia sihat, dia takkan duduk diam. Makan berselera, aktif bermain, tidur lena dan badan berisi. Tapi bila dia tak sihat, dia akan menunjukkan tanda-tanda yang berbeza dari ketika dia sihat.


Milla sebenarnya kucing yang aktif. Dia sejenis kucing yang sopan tapi aktif hehe. Bermain pun dia tak galak macam yang lain. Dia juga yang paling responsif kalau kita panggil nama dia. Tapi aku perasan hari tu, dia tak seperti selalunya.





Selalu dia akan main dengan adik dia Millie. Tapi hari tu dia bawa diri duduk di sudut ruang tamu dan tak bercampur dengan kucing lain. Yang paling ketara, gusi dia merah dan bengkak. Dia paling tak suka kalau kami cuba nak buka mulut atau sentuh mulut dia. Nampak sangat dia menahan sakit. Bau mulut dia busuk. Busuk kerana sakit ni lain dengan mulut busuk sebab makanan. Kita dekatkan muka kat dia pun dah boleh bau. 


Bila dia tidur, mulut dia akan ternganga dan air liur meleleh. Bila aku tanya vet, benda (air liur meleleh) ni normal sebab ada je kucing sejenis perangai tidur macam tu. Tapi aku syak Milla bukan macam tu. Sebab anak-anak bulus aku tidur memang tak meleleh air liur. Kecuali bila ada masalah dalam mulut dia.


Tapi selera makan dia dan berat badannya normal. Dia masih boleh makan kibbles dan wet food. Tidur pun takda masalah, cuma dia tak aktif dan suka menyendiri. 





Maka, esoknya aku bawa Milla pergi vet dan dapatkan rawatan. Bukan semua penyakit boleh kita bagi air kelapa atau rumput helikopter tu. Kena kenalpasti dia sakit apa dulu. Gusi bengkak ni memang boleh efek pemakanan anak bulus kita. 


Selesai rawatan, vet bagi aku tiga jenis ubat, ubat anti-radang, antibiotik dan multivitamin. Ubat cacing tu tambahan je sebab aku terlepas temujanji sebelum ini. Dalam tempoh seminggu tu, Milla hanya dibenarkan makan kibbles. Wet food dihentikan sementara waktu atas nasihat vet.





Bila aku tanya kalau ikut skala dari 1-10, penyakit Milla ni di skala ke berapa. Vet jawab skala 8, which is quite severe jugak dia punya sakit mulut ni. Tapi alhamdulillah, Milla dah sihat sekarang lepas habiskan antibiotik.


Dia pun dah mula bermain dengan yang lain, gusinya dah tak merah dan bengkak lagi serta tak berbau busuk.  Yeayyyy to Milla!


No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.