Assalamualaikum! Vaksin ape pulak dah ni. Tak habis-habis cucuk sana cucuk sini. Hari tu cucuk vaksin untuk Covid-19. Yang ni cucuk vaksin untuk Tetanus pulak.
Tetanus ni apa pulak? Haa ibubapa kena ambil tahu juga pasal Tetanus ni ye. Nanti anak-anak tanya kenapa kita kena ambik vaksin Tetanus ni? Takde la tergagap-gagap nak jawab.
Apa Itu Tetanus?
Sejenis penyakit kancing gigi yang melibatkan sistem saraf yang boleh menyebabkan kekejangan otot. Boleh bayangkan tak macam ketap gigi tu. Punca daripada jangkitan kuman Clostridium Tetani yang terdapat dalam tanah, habuk dan baja.
Antara gejala penyakit kancing gigi :
- kekejangan pada otot rahang (ketap gigi)
- kekejangan pada otot lain seperti otot pernafasan, leher, paha dan lain2
- kesakitan akibat kekejangan
- sukar untuk menelan
- sawan perubahan pada tekanan darah
Biasanya orang kaitkan penyakit kancing gigi dengan terkena karat besi. Tapi bukan karat tu penyebabnya tapi kuman Clostridium Tetani yang terdapat pada karat besi yang terdedah. Adapun, ia juga tersebar melalui titisan daripada batuk atau bersin.
Suntikan Tetanus termasuk dalam jadual imunisasi kebangsaan. Jadi pelajar tingkatan tiga perlu dapatkan suntikan ini di klinik kesihatan atau klinik desa yang ditetapkan. Lepas tu surat pengesahan yang diberi oleh klinik perlu dibawa ke sekolah untuk diberi pada guru nanti.
Macam biasa, aku temankan kakak hari tu. Urusan berjalan dengan lancar dan cepat alhamdulillah.
sumber : doctoroncall
Vaksin Tetanus
Seperti vaksin-vaksin lain, vaksin Tetanus bukanlah fungsinya mencegah terus dari penyakit kancing gigi. Tapi, vaksin ini berfungsi membina imuniti untuk melawan kuman Clostridium tetani. Kalau terkena kancing gigi, komplikasinya tidak seteruk berbanding yang tidak divaksin.
Terdapat 4 jenis vaksin yang boleh berfungsi untuk melindungi anda daripada penyakit tetanus atau kancing gigi.
Jenis Vaksin | Penyakit Yang Disasarkan | Golongan Yang Menerima Suntikan |
DTaP | Difteria, Tetanus, Pertussis (Batuk Kokol) | Bayi seawal 6 minggu sehingga kanak-kanak berusia 6 tahun |
DT | Difteria, Tetanus, Pertussis (Batuk Kokol) | Bayi seawal 6 minggu sehingga kanak-kanak berusia 6 tahun yang tidak boleh menerima vaksin pertussis |
Tdap | Difteria, Tetanus dan Pertussis | - Golongan remaja (11-12 tahun) - Golongan dewasa -Ibu mengandung |
Td | Difteria dan Tetanus | Golongan kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas dan orang dewasa |
sumber : doctoroncall
No comments:
Post a Comment