Breaking

Monday, April 04, 2022

Orang Negeri Sembilan paling bahagia di Malaysia

 


Assalamualaikum! Hari pertama anak-anak sekolah, sunyi rumah. Yang lagi 6 ekor ni tido lepas makan. Langsung kite bukak laptop baca berita apa hari ini. Tup tup keluar tajuk negeri 'bahagia' di Malaysia. 


Tiga negeri tersebut ialah Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis. Woww hebat Negeri Sembilan negeri paling 'bahagia' di Malaysia. Sebagai orang yang ada darah Negeri Sembilan (darah aje la, kampungnye dah takda dah jadi milik orang lain) memang aku tak nafikan kebenaran itu. Hanya mampu mengenang zaman kanak-kanak dulu je. Tapi kampung Rembaulah yang paling happening dan meriah setiap kali nak raya.


Mana taknye, sepupu sepapat, mak sedara pak sedara berkumpul di rumah arwah atuk seminggu sebelum raya lagi. Bukak puasa dan sahur ramai-ramai. Hari mantai semua pakat nolong masak. Yang kami budak-budak kejenye main aje haha. Malam pakat main mercun bunga api di halaman. Pagi bangun bukak tingkap dah nampak pokok bunga hirup udara segar. Walaupun situ takda kedai runcit tapi makanan tak pernah tak cukup. 


Walaupun bahagia tu aku cuma dapat rasa masa aku budak-budak je, tapi jadi kenangan sampai sekarang. Tapi tahun lepas aku bawak mak pergi jalan-jalan di Rembau tak banyak yang berubah. Aku pernah cakap dengan kawan yang pernah duduk dan bekerja di Kuala Pilah. Semak tepi jalan tu dari 5 tahun lepas tak berubah sehingga ke sekarang. Ade je dia kat situ. Dan dia mengiyakan. Dari Kendong nak ke Rembau tu susah nak cari rumah taman baru. Sebab kebanyakan tanah di situ tanah pusaka milik keluarga.




Orang Melaka mesti bangga ni! Aku pun orang Melaka juga belah arwah abah haha. Ah semua ko nak claim ko punya ye Nim. Dah memang betul arwah abah orang Melaka. Kampung aku pun di Melaka. Jadi tak salah la kan claim sikit-sikit hehe.


Walaupun Melaka berstatus bandar dan banyak tempat menarik jadi tarikan pelancong, tapi suasana kampung masih terasa di sana. Bahagia? Ya aku setuju. Bahagia bila shopping harga barang masih berpatutan. Kadang-kadang aku tahan tak beli barang kat KL sebab nak tunggu balik Melaka beli di sana. 


Dari segi kemudahan banyak yang dah berubah. Tengok aje Duyong sekarang, kawasan yang dulunya semak, dah jadi bangunan. Dah ada banyak pasaraya serbanika dan farmasi. Restoran pilih aje yang mana berkenan. Tak susah nak cari barang la orang kata. Rumah taman pun banyak dah ada kat kawasan tu.


Kalau korang tanya lepas pencen nak pindah mana, sure aku akan pilih untuk balik Melaka. Rumah kampung tapi dekat dengan pekan dan bandar besar.


Mengulas lanjut, Razali berkata terdapat enam indikator utama, dinilai di bawah dimensi komuniti sejahtera berkaitan prasarana bagi mencapai indeks Bandar Bahagia, iaitu peratusan liputan kediaman dalam lingkungan 400 meter dari kemudahan masyarakat, kadar liputan jalur lebar, pengurangan gangguan bekalan elektrik, pengurangan kes gangguan bekalan air, bilangan terminal dan stesen pengangkutan awam, serta peratusan kediaman mendapat perkhidmatan pembetungan -sumber hmetro


Perlis aku pernah datang sekali je dulu. Tapi satu yang aku ingat sampai sekarang ialah harga makanan kat sana. Sapa duduk sana memang bahagia! Makan muroh! :D

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.