Assalamualaikum! Dalam empat ekor betina, Mochi sekor je yang berjaya bunting sebelum sempat dimandulkan. Yang lain hanya sempat mengawan, lepas tu aku dah bawak cepat-cepat pergi vet. Kes mochi sebab kekangan kewangan masa tu. Faham-faham la nak mandulkan betina kosnya lebih tinggi dari yang jantan.
Kami terima kebuntingan mochi itu satu rezeki. Dua bulan dia memboyot bawak perut. Tiba masanya, dia melahirkan 5 ekor anak kucing yang sangat comel. Kami dapat 3 ekor oren, sekor calico dan sekor dusty white macam mochi.
Memandangkan ini kali pertama mochi bergelar ibu, kami bergilir juga pantau keadaan anak-anak kucing tu setiap hari. Mula-mula tu memang nampak mochi sangat mengambil berat tentang anak-anaknya. Pantang berbunyi dia akan berlari pergi mencari anak. Tapi seminggu lepas tu, mochi selsema dan berjangkit dengan anak-anaknya.
Aku berikan ubat dari vet tapi takda perubahan ketara sangat. Mochi dah jarang nak menyusukan anaknya dan kalau anaknya berbunyi tak diendahkannya. Aku belikan susu untuk kucing dan berikan pada anak-anaknya tapi tak jalan jugak. Akhirnya anak-anak mochi pun terkena selsema berjangkit dengan ibunya.
Setiap hari kakak akan bersihkan mata dan hidung anak-anak kucing ni. Nama pun kami belum bagi secara rasmi lagi. Bila kami angkat letak dalam sangkar dan kurung, mochi akan masuk dan keluarkan balik. Bila kurung dia sekali, habis sangkar tu digoncangnya.
Hayat anak-anak kucing ni hanya setakat 2 minggu saja. Sedih kakak dan adik, sebab diaorang eksaited dapat anak kucing comel. Betul la kot kata orang, ibu kucing yang kali pertama melahirkan anak ni kadang-kadang tak pandai nak jaga anaknya. Apakan daya umur tak panjang dan mochi pun tak mencari anak-anaknya lepas tu.
So dari 11 ekor turun balik jadi 6. InsyaAllah nak bawak mochi cepat-cepat pergi vet untuk dimandulkan.
No comments:
Post a Comment