Takut Pakai Pelembap Muka? Krim Pelembap Mana Yang Terbaik Untuk Kulit Berminyak?
Assalamualaikum! Dah lama tak celoteh pasal skincare. Kalau cerita bab kulit idaman siapalah yang tak nak kulit putih halus mulus macam telur direbus. Teringin juga nak memiliki kulit licin berseri macam orang lain tu.
Masa awal-awal dulu bila sedar kulit ni berminyak dan mula ditumbuhi jerawat, mula la aku nak cuba macam-macam produk di pasaran. Sedangkan masa tu, langkah penjagaan kulit secara asas (basic) pun aku tak buat. Asal ada je iklan produk muka, mesti aku akan beli dan cuba sendiri. Tak kisah langsung sesuai ke tidak untuk kulit berminyak.
Akibatnya, kulit aku bukan makin baik tapi makin teruk jadinya! Jerawat makin banyak naik kat muka ditambah pula dengan kulit berminyak yang tak terkawal. Rupa-rupanya bukan semua produk di pasaran boleh kita guna ikut suka tanpa kita tahu kandungannya dan kesesuaian untuk kulit.
Tapi tu la, jiwa remaja masa tu mana nak dengar cakap. Ikutkan hati sangat. Pengaruh iklan di televisyen sangat kuat masa tu. Bila dah breakout terus aku stop guna semua produk. Lepas tu, aku hanya guna pencuci muka. Masalah jerawat masih juga tak selesai. Bertahun lamanya aku cuba konsisten dengan pencuci muka saja tapi rupanya aku salah lagi!
Muka berminyak dan berjerawat memang tak boleh 'hidup' dengan pencuci muka saja. Dah cuci muka takkan nak biar macam tu je kan. Kulit yang banyak terdedah dengan cahaya matahari ni akan cepat kering dan kesat. Sebab tu kena guna krim pelembap (moisturizer) untuk kembalikan hidrasi dan kelembapan pada kulit.
Nak pilih moisturizer pun kena ada ilmu juga. Jangan tengok iklan terus nak beli. Kita kena tahu samada ianya sesuai untuk kulit berminyak dan apa bahan utama dalam produk tu. Selama ni pun, aku tak pandai pilih moisturizer. Ingat semua moisturizer tu sama je. Rupanya moisturizer ni ada 2 jenis, iaitu cream-based dan water-based.
Sebelum ni aku guna moisturizer yang cream-based punya, memang la makin berminyak kulit aku! Bila masuk tengahari, muka jadi kemerahan dan berkilat bukan disebabkan kelembapan tapi sebab minyak yang berlebihan. Bila minyak berlebihan, pori-pori akan tersumbat dan lagi banyak naik jerawat di muka!
- Memberikan tona kulit cerah, kawalan minyak, membersihkan dan menganjalkan kulit muka
- Memberi kesan pencerahan dan kelembapan
- Mengurangkan liang pori wajah dan boleh mengawal kulit berminyak
Sekarang aku rasa lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri. Kalau dulu, aku nak kena makeup sebelum pergi kerja untuk tutup cela di muka. Tapi sekarang selain dari sunscreen, aku hanya guna krim pelembap Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream siang dan malam. Kesan paling ketara yang aku rasa kulit dah kurang berminyak walaupun bangun pagi. Terasa lembut dan kurang berjerawat. Tak cukup lagi ke tu? Bagi aku, memang inilah hasil yang aku dah lama nantikan!
Sebenarnya, bukan susah pun nak cari krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit kita. Cuma kita perlu ada sedikit ilmu tentang produk tu dan kena ambil tahu adakah ia sesuai dan selamat untuk kulit kita. Kadang-kadang, beli produk mahal pun tapi kalau tak sesuai dengan kulit, ia tidak akan menyelesaikan masalah betul tak.
Yang penting, aku happy dan puas hati dengan hasilnya. Kalau nak tahu, cubalah sendiri ;)
🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia