Tanggal 19hb November, tiba masa untuk memilih kerajaan baru untuk negara tercinta. PRU15 menyaksikan penglibatan pengundi berumur 18 turut mengambil bahagian dalam proses pengundian setelah rang undang-undang membenarkan pengundi berumur 18 tahun untuk mengundi.
Malah, mereka tak perlu mendaftar kerana nama mereka telah automatik ada dalam sistem daftar pengundi. So boleh terus semak kawasan dan tempat pengundian secara online.
Macam biasa, kali ni kami mengundi untuk kawasan Parlimen Titiwangsa. Pagi tu balik keje, terus pegi menyerah diri di pusat pengundian sebab tengaharinya ada hal pulak. Pagi hujan renyai tapi tak menghalang dari orang ramai untuk melaksanakan tanggungjawab lima tahun sekali.
Proses berjalan lancar, tapi akak aku cakap masa dia tengah beratur berlaku sedikit kekecohan barangkali ada pengundi yang berdiri dalam barisan dan terpaksa menunggu lama. Bila dah terlalu ramai yang keluar serentak macam-macam hal la yang jadi kan.
Tahu tak, sampai saat beratur menunggu giliran ni aku masih bergelar pengundi 'atas pagar'. Aku tak tahu nak pilih yang mana. Nampak semua calon yang bertanding bagi kawasan Titiwangsa ni semuanya hebat-hebat. Tapi boleh ka diaorang buat kerja nanti?
Trend mengundi kali ni pun aku tengok ramai yang mengundi bukan ikut parti tapi secara individu. Means, kalau dia dari parti besar sekalipun tapi sejenis yang tak pernah tunjuk muka dan turun padang untuk bantu rakyat di kawasannya memang 'haram' la undi untuk dia. Teringat aku kat R*** H**** yang menang Titiwangsa PRU lepas tapi harammmm apa dia buat tuk kawasan. Bila dah menang, pegang jawatan menteri lagi cam hawau tak turun kawasan. PRU ni dia try kat Sepang, syukur sangat dia tak menang haha.
Diaorang juga tengok rekod-rekod lepas calon yang bertanding. Kalau yang jenis bercakap dalam Parlimen mulut cam longkang dan hanya mampu pung pang pung pang tapi keje tak jalan pun tak boleh menang gak di hati pengundi.
Ingat, pengundi sekarang makin bijak. Sebab tu PRU15 kali ni dalam sejarah tiada parti yang menang majoriti mudah. Itu menunjukkan rakyat tidak lagi bergantung pada satu parti politik semata-mata kerana kebanyakan yang ada terpalit dengan isu kluster mahkamah dan lain-lain. Aku pun nak bengang dengan isu korupsi dan salah guna kuasa oleh diaorang ni.
Dan PRU15 kali ni menyaksikan buat kali pertama pengumuman siapa Perdana Menteri yang ke-10 terpaksa ditangguh sehingga lima hari! Bila tiada parti yang menang majoriti mudah, maka parti yang ada masing-masing nak berunding untuk kerjasama. Kejap tolak, kejap setuju, kejap bantah, kejap bersatu. Agong suh mengadap boleh pulak mintak tangguh! Siap kena berunding majlis-majlis diraja bagai. Bila dah keluar titah ada yang tak setuju pulak! Heyyyyyy ni sapa yang derhaka sebenarnya ni ha.
Dan setelah berunding dengan majlis raja-raja, Agong akhirnya menitahkan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 buat Malaysia. Kun Faya Kun.
sumber : sinarharian
Memang penuh kejutan dan drama dalam PRU15 ni. Masing-masing nak lepas tengkuk sendiri demi kuasa. Semua tu rakyat boleh nampak dalam lima hari proses melantik Perdana Menteri. Aku berharap sangat PM kita yang baru ni boleh memberi harapan baru dan perubahan yang lebih baik dalam kerajaan yang akan diterajuinya.
Yang masih berbalah dan tak berpuas hati dengan titah Agong tu bawak2lah belajar bersabar dan menerima takdir. Kalau dengan abah dulu yang jadi PM tanpa bertanding pru tu pun kita boleh terima, takkan yang ni terang-terang menang (walaupun bukan majoriti) kita tak boleh terima.
Kita sebagai rakyat tetap punya kuasa. Tengok dulu bagaimana beliau mentadbir negara, mengembalikan kepercayaan rakyat dan pelabur asing terhadap kerajaan, mengekalkan kedaulatan agama dan bahasa serta melawan rasuah dan kleptokrasi.
Tahniah PM ke-10!
No comments:
Post a Comment