Memelihara haiwan peliharaan tak kiralah haiwan apapun memerlukan perhatian dan komitmen yang baik serta konsisten. Maksudnya, kita kena sentiasa komited tentang kebajikan haiwan yang kita nak bela tu. Sebab apa? sebab persekitaran kita tak sama dengan habitat asal haiwan tu. Contoh, kalau bela burung biasanya orang kurung dalam sangkar dan gantung kat luar rumah. Sedangkan burung adalah haiwan yang sepatutnya terbang bebas.
Sebab itu, bagi aku nak bela haiwan kena tengok pada kesesuaiannya. Kalau tak, nanti jadi kesian kat dia. Disebabkan hobi kita suka nak bela haiwan tu tapi akhirnya dia 'terseksa' sebab takda kebebasan.
So kali ni, aku nak kongsi tips bela kucing ikut pengalaman aku. Dulu masa aku sekolah rendah pernah bela kucing juga. Tapi pengalaman masa tu sangat cetek tapi takda la sampai mengabaikan. Cuma ilmu tentang pemeliharaan yang baik tu kurang dulu.
Anak-anak Minta Nak Bela Kucing
Kebiasaannya, yang nak mintak bela kucing ni adalah anak-anak. Macam aku dulu, aku yang mintak nak bela kucing sebab memang suka dan sayang kucing kat tepi jalan tu. Masa tu aku baru darjah 5. 'Biskut' kucing stenbai dalam plastik kalau-kalau ada nampak di tepi jalan atau longkang atau bawah kereta. Sebelum ada kucing, aku bagi ikan bilis je hehe.
Sekarang ni, anak-anak aku pulak yang mintak nak bela kucing. Selain sayang, katanya takda la kakak adik asyik tengok phone je. Bila ada kucing boleh main ngan diaorang. Rupanya aku kena 'game'! hahaha.
Takde maknenyeeeee ..... :p
Lama gak aku tangguh hasrat diaorang tu. Bukan sebab aku dah takda hati nak bela kucing, tapi aku kena terangkan kat diaorang kasi clear tentang tanggungjawab bela kucing di rumah ni. BESAR DAN BERAT tanggungjawab, takut tak terpikul nanti. Jangan sampai jadi kes buang kucing kat pasar, kat depan kedai tu dah la. Kesian tau dak.
Aku dah merasa kesedihan kematian kucing peliharaan, jadi aku tak nak perasaan itu hadir semula dan kalau boleh aku tak nak diaorang menangis macam aku. Tapi kalau dah sayang, sekali dah bela memang tak boleh lari dari perasaan tu kan.
Tips Bagi Yang Berjinak Nak Bela Kucing
1. Rumah Kediaman
- Penting sangat bab ni, walau nampak dimata macam remeh je kan. Tapi saiz dan jenis kediaman kita juga mempengaruhi kebajikan anak-anak bulus untuk jangka masa panjang. Kalau rumah jenis apartmen sebaiknya bawah 10 ekor (atau 8 ekor kebawah) . Tapi sekarang ramai juga yang menyediakan bilik khas untuk anak-anak bulus which is good and recommended👍. Cuma ruang mereka nak berlari tu agak terhad la kan
- Rumah jenis lot atau teres takda masalah selagi ada ruang yang mencukupi untuk anak-anak bulus. Biasa orang buat sangkar beroda 2 tingkat atau 3 tingkat lengkap dengan tempat tidur, tempat makan dan tandas. Tapi, kalau anak bulus jenis yang tak nak dikurung macam mana? Nak tak nak kenalah lepaskan dalam rumah supaya mereka boleh bergerak bebas
- Sebenarnya, isu "Don't Buy, Adopt" ni agak subjektif dan setiap orang berlainan pendapat serta pandangan. Bagi aku, tiada masalah untuk beli kucing terutama yang berbaka. Namun, aku memilih untuk bela kucing samada adopt dari orang atau ambil dari jalanan bawa balik ke rumah. Dari dulu lagi, aku lebih selesa bela kucing kampung sebab penjagaan mereka lebih mudah dan murah
- Lagi satu, aku suka bela anak kucing means baby yang berusia sebulan atau dah putus susu. Keutamaan diberikan pada anak kucing yang sudah tiada ibu atau ibunya meninggalkan dia. Bila kita bela dari kecil, senang kita nak latih mereka dalam rumah. Lagipun kita boleh nampak perkembangan mereka dan mereka juga akan lebih kenal kita sebagai family.
- Pemilihan kibble yang sesuai penting untuk jaga buah pinggang kucing kita. Dulu aku bagi makan kibble yang warna-warni tu. La ni baru aku tau kibble berwarna-warni tu mengandungi garam dan boleh menyebabkan batu karang pada kucing😭. Pilihla kibble premium yang grain free. Sekarang banyak pilihan kat petshop atau secara online. Harga memang mahal, tak terbanding dengan harga 10kg beras kita makan😜 tapi demi nak bagi mereka sihat inilah yang terbaik.
- Makanan kucing ni ada 2 jenis, dry food (kibble) dan wet food. Ada wet food yang kita boleh beli atau buat sendiri (homemade). Wet food ni ramai vet tak galakkan bagi selalu atau setiap hari. Tapi kita boleh latih kucing kita hadkan pengambilan wet food. Banyak makan wet food pun tak bagus untuk gigi mereka. Nanti timbul penyakit gingivitis la, gusi bengkak la, ulser la.
- Selain kibble dan wet food, snack treats pun rajin kita bagi kat kucing kita kan. Kira macam 'jajan' la untuk diaorang tapi dalam bentuk tiub. Ada juga yang bagi suplimen seperti brew yeast, minyak ikan kod, multivitamin, immune booster dan banyak lagi. Kena hati-hati sebelum nak bagi ye, bukan semua kucing sesuai untuk telan suplimen ni. Aku hanya bagi brew yeast je dulu.
- Bila anak bulus sakit, memang susah hati kita dibuatnya. Dia bukan macam manusia boleh cakap sakit apa, sakit kat mana. Yang dia boleh buat adalah tunjukkan simptom tu. Contoh, kurang aktif dan makan tak berselera. Bila dah datang sakitnya, kita kena bawa pergi jumpa vet untuk dapatkan rawatan. Jangan biar anak bulus kita menderita sampai meleleh air liurnya, berair matanya, muntah dan berak berdarah
- Bila mereka sihat, kita bahagia. Bila mereka sakit, poket kita menderita hahaha. Tak dinafikan kos rawatan mereka lebih mahal dan kadang-kadang mencecah ribuan ringgit jika melibatkan pembedahan. Jadi kita kena bersedia dari segi kewangan. Sebab itu, penting sangat kita cegah dari awal iaitu pemakanan mereka.
- Aspek kesihatan termasuklah ubat cacing dan ubat kutu. Bagi yang nak bela kucing, kena tahu dan pastikan kucing diberi dua ubat ni. Biasanya, vet akan cek dahulu dan rekomen mengikut keperluan. Kalau banyak bagi wet food, vet akan cadang bagi ubat cacing 3 bulan sekali. Jika kucing tiada kedua-dua masalah ini alhamdulillah ... tandanya kucing anda sihat
- Macam mana pentingnya vaksin pada manusia, sama juga pada kucing. Jika amik kucing jalanan dan bawa balik ke rumah, buatlah temujanji untuk beri vaksin. Vaksin ini penting untuk melindungi kucing dari penyakit seperti Parvo dan Sporo. Untuk permulaan, kucing akan divaksin 3 kali (sebulan sekali), kemudian diikuti dengan annual vaccine (setahun sekali). Kos vaksin pula dalam lingkungan RM30-RM40 bergantung pada klinik mana anda pergi
- Kalau anda adopt kucing dari orang lain, pastikan anda tahu kucing itu telah divaksin atau belum. Minta kad kesihatan dari pemilik asal itu dan teruskan follow-up di vet yang berhampiran anda.
- Walaupun isu ni agak sensitif dan sentiasa mendapat kecaman sesetengah pihak, tapi aku suka nak nasihatkan pada yang nak membela kucing kalau boleh mandulkanlah terutama kucing jalanan. Pengalaman aku, Mochi dan Bennie adalah 'mangsa' dari kesan ibu kucing yang tidak dimandulkan dan kerap melahirkan anak
- Kita bukan nak berlaku kejam, tapi lagi kejam kalau jumpa anak kucing yang terbiar atau dibuang di pasar dan tepi-tepi kedai tanpa ibunya disisi. Akhirnya, dia mati kebuluran dan kesejukan. Sebab itu, penting kalau kita amik kucing jalanan (stray cat) jagalah kesihatannya dengan mandulkan dia. InsyaAllah anak bulus akan lebih sihat dan happy serta jumlah kucing jalanan dapat dikurangkan.
- Selain makanan dan ubat-ubatan, kita kena sediakan tandas khas sekiranya nak bela dalam rumah. Ada orang kata kucingnya berak dalam tandas tak perlu beli pasir. Ada orang kata kucingnya perlu ada tandas kucing dan pasir. Bagi yang kucingnya berak dalam pasir, anda dilarang MALAS.
- Bila anda MALAS, kucing anda akan terabai dan akhirnya jatuh sakit. Rumah anda akan berbau busuk dan orang takkan rasa selesa duduk dalam rumah sebab ada najis kucing. Dalam bab kebersihan, sangatlaaaa penting kita pastikan tandas mereka bersih. Najis perlu dibuang supaya mereka selesa nak 'membuang' lagi. Perlu diingat banyak mereka makan, banyak la mereka 'membuang' hehe
- Tak kisahlah guna pasir ke, tofu ke, pasir kristal ke, pinewood ke tandas mereka perlu dibersihkan setiap hari. Tukar pasir atau tambah itu bergantung kepada bilangan kucing yang anda bela. Kalau banyak kucingnya, tukarlah pasir setiap 3 hari atau bila pasir dah berkurang. Kalau pasir tu dah basah dan tak boleh menyerap najis lagi, basuh bekas tandas tu dan gantikan dengan pasir yang baru. Begitulah berulang-ulang sehingga ke akhir hayat hehehe.
- Dalam Islam pun dah ditekankan, kebajikan dan keselesaan jiran kita kena jaga juga. Jangan kerana kita bela kucing, jiran bermasam muka. Sebab apa? sebab kucing kita berak depan rumah dia di laman dia. Mana-mana jiran pun takkan suka
- Bila kucing anda jenis outdoor keluar pagi balik petang, anda kena rajin skit untuk cakna kalau dia ada 'membuang' di kawasan rumah orang. Itu belum lagi kes mereka masuk rumah dan curi lauk. Kalau ikutkan, kucing jika berak di rumah jiran, pemilik kucing tu yang kena datang sendiri bersihkan najis
- Kucing jenis indoor juga ada isunya. Kalau letak sangkar kucing di luar dan kucing terkurung untuk masa yang lama menjerit mintak keluar tapi kita tak endahkan. Bukan saja kucing kita stres, tapi jiran kita pun rasa terganggu dengan keadaan ini. Jadi, sentiasalah ambil tahu dan pastikan kucing dan jiran kita sama-sama selesa
- Ada yang sayang kucing bila dia sihat dan aktif. Tapi bila dia sakit dan tiada ubatnya, dia ditinggalkan. Malah, ada juga yang meninggalkan kucing mereka ketika berpindah ke tempat lain. Sedih sangat yang ni, dan aku tak boleh maafkan diri sendiri sekiranya ia berlaku padaku. Mintak dijauhkan!
- Perlu sangat kita tahu dan sedar yang bila kita dah mula bela kucing, kita kena all-out dari segi kasih sayang, perhatian dan kebajikan. Kalau tak boleh beri ni semua, baik jangan bela. Mereka bukan anak patung yang boleh kita tinggal atau buang tepi jalan. Mereka ada nyawa dan nyawa mereka adalah amanah untuk kita
- Sebab itu, bila aku bela kucing aku akan bela dan sayang sampai mati. Takkan beri pada orang lain, takkan buang atau jual. Biarlah dia kucing biasa tiada baka sekalipun, kalau dah bela itulah kucing kita dunia akhirat.
To people you are just a cat.To me you are my world
11. Banyak Bersabar
- Bela haiwan terutama kucing perlukan banyak kesabaran dari anda. Tapi kan ada ketikanya, bila kita dah bela kucing tanpa kita sedar ia memupuk kesabaran dalam diri dan akhirnya kita bertambah sayang
- Sabar bila mereka kencing dan berak merata untuk permulaan. Sabar bila mereka 'memancut' di sofa, di tilam. Sabar bila mereka cakar sofa sampai rabak. Sabar bila mereka makan bersepah. Sabar bila mereka berlari panjat kabinet. Sabar bila mereka pecahkan pasu bunga. Sabar bila mereka terjah kita time tido. Sabar bila mereka tido sebelah laki kita. Sabar bila mereka duduk atas riba laki kita😂
- Sabar disini bukanlah bermaksud wat bodoh je. Tapi disusuli dengan idea untuk menyelesaikan masalah tersebut. Contohnya, anak bulus kencing dan berak merata terutama baby bulus yang belum tahu berak dalam tandas. Biasanya mereka akan berak di sudut-sudut terpencil dalam rumah. Bersihkan macam biasa, sembur pewangi. Kemudian, tunjukkan anak bulus jalan ke tandas. Jangan angkat atau dukung mereka, tapi bagi mereka berjalan sendiri sehingga sampai ke tandas. Masukkan mereka dalam tandas tu sekejap untuk bagi mereka 'cam'kan bau. InsyaAllah nanti mereka akan pandai sendiri dan takkan 'membuang' merata lagi.
12. Rajin Cari Info Tentang Kucing
- Carilah apa sahaja maklumat tentang kucing anda. Sekarang ni berlambak info kita boleh dapatkan di media sosial. Janji rajin je. Dapatkan pandangan dan nasihat dari vet juga. Jangan mudah bagi kucing apa-apa produk di pasaran sebelum mendapatkan pandangan dari vet
- Perlu ada sedikit sebanyak ilmu tentang penjagaan kucing yang baik. Info-info seperti jenis-jenis penyakit, keperluan, makanan sihat, rawatan yang diperlukan dan lain-lain. Apa yang kucing suka, apa yang kucing tak suka. Apa yang elok untuk mereka dan apa yang bahaya untuk jangka panjang
- Kita kena belajar untuk memahami emosi mereka. Nampak lucu kan, tapi itulah caranya kalau kita nak bonding dengan anak bulus kita. Perlu ada sentuhan dan pelukan. Selalulah cakap dengan mereka walaupun orang lain tengok kita macam orang gila😂 borak ngan mereka seperti kita borak ngan anak. Tanpa kita sedar, mereka juga akan faham perkataan kita dan berikan respon yang menakjubkan!
- Bila kita dah tahu serba sedikit tentang anak bulus kita, barulah kita konfiden untuk lebih bersedia untuk memberikan yang terbaik untuk anak bulus kita. Takdala berlaku pengabaian dan takdala kucing kena buang sebab kesedaran itu ada dalam diri kita.
Hahaha tapi kita semua adalah bibik yang bahagia dengan tuannya 😂😉
Ikhlas selalu,
Bibik Hanim😎
No comments:
Post a Comment