Tahun ni pencapaian terbaik aku dalam perkhidmatan ialah kurang amik cuti rehat hehe. Sekali je aku amik cuti awal tahun ni, lepas tu tak sentuh langsung cuti rehat. Teringat dulu masa keje waktu pejabat, dok berkira-kira nak isi borang cuti rehat walaupun tahu baki cuti tinggal ciput.
Pastu bulan November bila nak isi berapa GCR (Gantian Cuti Rehat), mula buat muka sedih sebab baki cuti pun 'sendu' huhu. Sudahnya, tak isi GCR tapi bawak ke depan cuti rehat tu sebab tahun depan nak guna lagi. Sudahnya, gcr aku tak berisi beberapa tahun. Rugi yakmat!
Bila aku masuk keje syif, aku nekad nak kumpul gcr sebanyak yang boleh. Banyak kelebihan keje syif, salah satunya banyak cuti rehat boleh kumpul. Nak cuti guna cuti off keje je. Tapi tak ramai yang bersedia nak keje syif terutama staf pempuan.
So bila aku tengok baki cuti rehat aku tahun ni, wahhh berbunga-bunga rasa hati haha. Tak pernah aku kumpul cuti rehat sebanyak tu dalam tempoh aku keje. Bila sampai masa nak isi borang gcr ingat nak simpan 40 hari baki 9 hari bawak ke depan. Tapi rupanya aku hanya mampu bermimpi sebab cuti gcr maksimum hanya 15 hari haha.
Nampak gaya banyak tahun lagi la aku nak kena cukupkan cuti gcr aku ni. Baki sebulan lebih cuti tu kena bawak ke tahun hadapan. Belum lagi tambah ngan cuti rehat tahunan tuk tahun depan tu. Banyak-banyak cuti nak gi mana tuuuuuuu?
Xpelah... thn 2023 ni rancang cuti lek lok k... nmpknya kena plan ambik cuti rehat setiap bulan sehari-2.. hehe
ReplyDeleteNampak gaya gitulah hehe
Delete