Masih terkejut dengan berita sedih ini. Rasa macam tak percaya arwah pergi meninggalkan dunia ini dalam usia yang muda. Arwah pergi ketika berusia 37 tahun dan beza umur kami hanya 2 tahun. Arwah yang aku kenal ketika bekerja di pusat data dulu adalah seorang insan yang baik dan peramah.
Kami mungkin bukan bff, tapi pernah bekerja bersama dan tak dinafikan perwatakan arwah sangat disenangi ramai. Arwah dan suaminya memang baik dan peramah. Aku ingat lagi ketika arwah mintak transfer ke utara, katanya senang dekat ngan kampung. Kemudian rezeki beliau dapat transfer ke sana dan bekerja serta menetap disana sehingga ke akhir hayatnya.
Berita pemergian arwah aku terima pada hari Rabu lepas maghrib dari kawan opis dalam group wassap. Mula-mula dapat tau tu, termenung jap aku sebab dok mikir sape lagi insan yang bernama Zila. Tak mungkin dia .... tapi kat situ ada satu je Zila dan itulah Zila kawan kami.
Melalui perkongsian kawan-kawan, arwah meninggal disebabkan oleh komplikasi buah pinggang. Allahu ... sedihnya mengenangkan anak-anak arwah yang masih kecil dan bersekolah.
Biasa aku kongsi berita kawan-kawan opis yang dapat transfer atau berpindah, tapi ini kali pertama aku kongsi kesedihan pemergian kawan opis. Sungguh kematian itu sangat hampir. Jaga dan caknalah tentang kesihatan diri. Jika ada simptom atau badan tak berasa sedap jangan lengah pergi jumpa doktor. Jika ada sejarah penyakit pergilah cek di klinik kesihatan dan buat follow-up.
Sempena Jumaat yang mulia ini, ku doakan moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amiinn ...
“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.”اَللهُمَّ اغْفِرْلَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا"Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan untuknya dan ampunkanlah dia."Amin.
Salam takziah.
ReplyDeleteMoga rohnya ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
Aaaminn aamiiin
DeleteAl-fatihah utk arwah... semoga rohnya dicucuri rahmat
ReplyDeleteAamiinn aamiiinn
Delete