Breaking

Wednesday, November 08, 2023

Wednesday, November 08, 2023

Moisturizer/Pelembap Muka Terbaik - 9 Kelebihan Berikut Yang Patut Anda Tahu!

 

Sebelum ni kan aku pernah kongsi pengalaman memulihkan kulit wajah yang dah lama bermasalah. Sememangnya, ia perlukan masa dan kesabaran yang tinggi. Kalau dikenang kembali kulit wajah aku dulu, memang rasa nak menangis. Hilang terus keyakinan diri dan timbul rasa malu bila keluar rumah. 


Selepas itu, aku cuba guna moisturizer yang ada di pasaran, tapi tak banyak yang sesuai dengan jenis kulit aku yang berminyak ni. Lepas guna, kulit jadi melekit dan berkilat. Rasa tak selesa. Tambahan pula, aku bekerja dalam bilik server yang terlalu sejuk (suhu 20°C) menyebabkan kulit wajah mudah kering dan kusam kalau tak pakai moisturizer. Bila berada di luar, cuaca panas boleh menjadikan kulit wajah aku jadi berminyak. Sebab itu, bila aku mula guna moisturizer Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature aku terkejut dengan hasilnya!



9 Kelebihan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature


Mula-mula aku skeptikal juga, nampak macam sama dengan produk lain di pasaran. Tapi bila dah cuba sendiri baru tahu kelebihan moisturizer Aqua Whitening Cream by Hansaegee Nature ni :


  1. Pelembap Muka Water-Based
  2. Mengawal Kulit Berminyak
  3. Cepat Meresap/Easy To Blend & Fast Absorb
  4. Mengawal Pori Terbuka/Mengecil Pori Besar
  5. Mencerah Tona Kulit
  6. Tekstur Krim Yang Ringan
  7. Non-Comedogenic
  8. Membaikpulih Kulit Sunburn
  9. Tiada Bahan Kimia Merbahaya



1. Pelembap Muka Water-Based - Ia boleh melembap dan menghidrat kulit wajah. Sangat dijadikan sebagai moisturizer untuk kulit berminyak khususnya, kerana krim muka ini berasaskan air. Pelembap muka ini bila disapu ke kulit akan bertukar menjadi titisan air yang tidak melekit. 




2. Mengawal Kulit Berminyak - Kandungan Niacinamide dalam krim muka Aqua Whitening Cream ini mampu mengawal minyak berlebihan pada kulit disamping mencerahkan dan melembap kulit. Bila ada kawalan minyak, maka pembentukan jerawat juga berkurang.




3. Mudah Diratakan & Cepat Meresap -  Tekstur krim yang ringan dan cepat meresap ke dalam kulit menjadikan ia moisturizer terbaik. Sangat sesuai digunakan sebelum pergi kerja, sebab itu ia krim siang terbaik bagiku. Bila disapu, kulit akan terasa sejuk dan kulit menjadi lembap serta glowing sihat. 




4. Mengawal Pori Terbuka/Mengecil Pori Besar - Masalah kulit berminyak mesti berkait rapat dengan pori besar dan pori terbuka. Moisturizer yang bagus seperti Aqua Whitening Cream ini mempunyai bahan aktif Niacinamide yang membantu mengecilkan pori dan menjadikan kulit lebih halus dan lembut.




5. Mencerah Tona Kulit - Jika ada masalah tona kulit tidak sekata, krim muka ini sangat membantu mencerahkan dan menghilangkan dark spot pada kulit wajah. Sesuai untuk aku yang memang bekerja dalam keadaan suhu tidak menentu. 




6. Tekstur Krim Yang Ringan -  Bila disapu pada kulit, ia tidak melekit dan rasa seperti tidak memakai apa-apa krim. Pakai moisturizer dua kali sehari boleh menjadikan kulit rasa lembut, fresh dan selesa sepanjang masa tak kira ketika berada di pejabat atau di luar. Ia juga adalah krim malam terbaik, boleh digunakan sebelum tidur.




7. Non-Comedogenic - Ciri-ciri moisturizer yang bagus untuk merawat kulit berminyak adalah non-comedogenic. Ini kerana, bahan aktif Camellia Japonica Seed Oil memastikan liang pori tidak tersumbat dan tidak menyebabkan jerawat. Hasilnya, kelembapan meresap ke lapisan dalam kulit secara optimum.




8. Membaikpulih Kulit Sunburn - Untuk mereka yang banyak melakukan aktiviti luar, moisturizer yang bagus bukan sahaja melembapkan wajah tapi ia juga boleh merawat masalah kulit sunburn dan kemerahan. Krim muka ini memberi cooling effect dalam masa yang sama ia mengurangkan kerengsaan kulit.  




9. Tiada Bahan Kimia Merbahaya/No Harmful Ingredients - Moisturizer terbaik adalah moisturizer yang tidak mengandungi bahan kimia merbahaya atau free chemicals iaitu Alcohol Free, Sulfate Free dan Paraben Free. Oleh itu, Aqua Whitening Cream ini adalah skincare yang selamat digunakan untuk kulit berminyak, kulit kering & kulit kusam.


Cara Guna Moisturizer Yang Betul

Cara nak guna krim pelembap muka sangatlah mudah. Mula-mula sekali, korang kena cuci muka sebersihnya dan lap kering. Kemudian, calit krim pelembap secukupnya menggunakan jari dan sapu rata pada wajah dan leher. Korang akan perasan titisan-titisan air akan terbentuk tidak lama selepas krim disapu. 


Korang hanya perlu pedap lembut dengan jari sehingga krim meresap ke dalam kulit. Lepas itu, kulit akan terasa lembut, halus dan lembap.


Cara gunanya mudah, tapi pakai moisturizer berapa kali sehari ye? Haa korang boleh guna dua kali sehari seperti aku. Pakai pada waktu pagi sebelum pergi kerja dan waktu malam sebelum tidur. Pelembap muka ini juga boleh jadi krim malam terbaik sebab ia dapat mengawal pembentukan sebum, so bila bangun pagi kulit kita kekal lembap dan tidak berminyak.


Kesan Lepas Guna Moisturizer Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature


Masalah kulit berminyak, tona tidak sekata dan liang pori yang besar telah lama memusnahkan kepercayaan diriku. Tapi kini aku lebih yakin dan selesa dengan kulit sendiri. Kalau dulu, aku perlu mengenakan alat solek untuk menutup cela di wajah. Tapi sekarang aku hanya gunakan krim pelembap Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature siang dan malam. Kesan ketara yang aku dapat rasakan ialah kulit dah kurang berminyak bila bangun pagi.


Liang pori mengecil dan kulit wajah lebih lembut dan mulus. Bila melakukan aktiviti luar, aku tak perlu risau tentang masalah sunburn dan  tona kulit tidak sekata sebab krim pelembap ini boleh menjadi krim siang terbaik yang dapat mencerahkan kulit dan merawat kemerahan.


Serius, korang kena dan patut cuba! InsyaAllah berbaloi dan berpuas hati dengan hasilnya ;)



Thursday, October 05, 2023

Thursday, October 05, 2023

Kisah Dakbu

 


Aku dah takmo takmo takmo takmo amik kucing stray lagi dah. Yang ada dalam umah ni pun dah tujuh ekor campur empat orang manusia memang dah tak banyak ruang dalam umah yang tak berapa nak luas ni haha. Tapi mulut je kata takmo, bila jumpa sekor kang mula la hati ni kesian sedih tak sampai hati nak tinggalkan dia situ.


Kadang-kadang aku malas nak pergi makan kat tempat-tempat yang banyak kucing stray berkumpul sebab orang suka buang kat situ. Pastu dia datang kat meja orang mintak makan dengan muka yang sedih. Itupun bukan semua manusia nak layan. Kalau dapat yang prihatin ada timbangrasa dapatlah si miau tu isi perut sikit.


Kalau dapat yang hati batu, memang dia buat bodoh je. Aku tak boleh...!



Budak ni aku bukan jumpa kat pasar atau mana-mana warung makan, tapi dia yang jumpa kitaorang. Alkisahnya, hati ketiga raya aku baru balik dari keje malam. Naik tangga nampak dia dok mengiau depan pintu umah orang. Time cuti raya blok tu mana ada orang sangat, semua pakat balik kampung dah. Aku pun gatal pi panggil dia haha terus dia meluru turun tangga sana dan naik ke tangga umah kami.


Punya manja la sekor ni. Tak nampak adik beradik atau mak dia. Tak pernah nampak dia sebelum ni kat sini, memang sah la orang buang. Kesian sungguh la aku pun... dok mengiau mintak manja mintak makan. Aku pandang cik suami, cik suami pandang aku balik. Macam orang sedang berkata-kata tapi takda sora haha. 


Bincang punya bincang, cik suami pon dah macam aku tak sampai hati biarkan dia sorang-sorang kat luar. Maka, kami pun buat keputusan amik ke kecik ni bawak masuk umah. Tu la dia .... hati mudah rapuh mudah kesian kalau main ngan anak kucing ni.



Macam biasala bila ada 'orang' baru, yang lain mula la nak hiss hiss marah kat budak kecik ni. KECUALI .....Dino. Dia memang 'suka' budak kecik haha. Dia buli habis budak ni buat main-main sampai naik lemas kawan tu. Yang lain amik masa gak seminggu nak kawan ngan dia. 

Sekarang 'majikan' aku ada 8 hahahaha. 


Saturday, September 09, 2023

Saturday, September 09, 2023

Healing Sambil Mandi Sungai Di Templer Park

 


Dah lama kami berempat tak outing bersama. Selalunya, aku dan anak-anak je keluar bersama. Ayahnya kalau suh masuk mall atau tempat yang ramai orang, awal-awal dia tolak. Tambah kalau yang kena jalan kaki jauh hehe. 


Kitaorang nak luangkan masa bersama tak kira tempat. Dalam mall boleh, dalam ekspo boleh. Tapi kalini ayahnya ajak healing di sungai. Wow! pucuk dicita ulam mendatang la kami bertiga. Mana boleh tolak kalau namanya sungai kan. Ada satu tempat yang kami belum pernah sampai, so ayahnya kata jom kita pergi!




Tempatnya tak jauh pun dari KL, rasanya lebih dekat berbanding Sungai Congkak. Sebenarnya, ada dua tempat rekreasi kat sini, iaitu Sungai Kanching dan Templer Park. Disebabkan Sungai Kancing dah penuh orang, so kami masuk Templer Park. Seawal jam 8 pagi kami dah sampai. Mujur kat sini tak ramai orang lagi.

Makanan kami bawa roti canai dan air mineral je. Sebab fokus bukan nak makan sangat pun hehe. Kakak dan adik sampai-sampai je terus buat 'site visit' cari lighting untuk bergambar. Itu je la kejenye dua orang budak tu.




Sebab kami awal sampai, dapat port baik punya bawah pokok. Tapi pagi-pagi macam ni kena stenbai spray nyamuk ye. Kalau tak darah kita 'dikendurikannya'! Walaupun masing2 datang bawak baju tambahan tapi sebenarnya bukan nak mandi sangat pun hehe. Kami lebih kepada nak duduk berendam dalam air sungai yang sejuk sambil main air duduk atas batu.

Anak-anak dah besar ni, diaorang pun malu2 nak mandi beria. Lainla masa kecil dulu, siap dibelikan baju mandi khas.  





Dalam pukul 10 lebih macam tu, pengunjung sikit-sikit memenuhi ruang untuk berpiknik. Tapi masih selesa la untuk berendam. Walaupun airnya cetek, arusnya agak laju ya. Aku kadang-kadang toleh ke belakang nak pastikan tiada 'kepala air' yang tiba-tiba muncul. Faham-faham je la, insiden berkaitan dibawa arus kepala air ni banyak sangat kita baca dalam berita.Sungai yang tenang jangan disangka tidak akan berombak!

Ada satu benda kelakar terjadi kat aku sebenarnya. Waktu kami jalan-jalan menelusuri anak sungai, aku pakai selipar sebab batu-batu kecil dia agak menyakitkan kaki jugak la haha. Bila pakai selipar tu selesa la nak pinjam dalam air. Tengah dok berjalan angkat kaki tu, tetiba sebelah selipar aku tertanggal dan dibawa arus. Deras pulak tu!

Cik suami pun ape lagi, berlari meredah sungai demi nak dapatkan balik selipar aku haha. Selipar tu dah ke depan dalam 20 kaki jugak la, bayangkan cik suami lari dengan kaki ayam dalam air. Aduhhhhh sakit tu kena batu kecil😖




Dipendekkan cerita, dapat jugak selipar tu balik. Memula rasa macam alah biarlah, selipar je pun. Tapi cakap balik kat cik suami, selipar tu banyak jasa eh hahaha. Terus dia lari kejar. Kalau aku memang redha je la dibawa arus huhu. 

Mujur situ takda orang. Memang gelak la masing-masing. Beria kejar redah arus pijak batu demi nak menyelamatkan sebelah selipar. Bukan takat ralat nak 'lepaskan' selipar tu tapi sebenarnya kalau boleh tak nak jadi penyumbang kepada pencemaran sungai.

Aku jumpa mainan plastik kanak-kanak yang tersangkut di celah batu. Lama-lama dia jadi sampah yang menyakitkan mata. Botol plastik jangan cakap la, ada satu dua yang aku jumpa.

Oleh itu, bila kita bawa anak kecil bersama toys diaorang, sentiasa la beringat untuk pastikan mainan anak kita tak dihanyutkan air sungai. Simpan la sampah masing-masing dan buang dalam tong sampah. Tak rasa bersalah ke campak botol air terus ke dalam sungai?? tak ke rasa diri tu jahat bila buat macam tu?

 

Friday, September 08, 2023

Friday, September 08, 2023

Setengah Hari Di PBAKL 2023

 

Pesta buku antara event yang diaorang suka pergi terutama kalau berdekatan dengan kawasan KL dan Selangor. Aku memang tak boleh menolak kalau diaorang ajak pergi sini. Kebetulan pulak dapat off hari tu, maka kami bertiga berkesempatan menjadi sebahagian dari warga Lembah Klang yang hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023.


Kakak dah plan awal dah nak pergi booth buku Fixi dan nak jumpa penulis buku kegemaran dia, konon nak minta sain autograf la :p. Takpe, ibu bawak je kemana korang nak pergi. 




Seperti yang dijangka, orang memang ramai dari pagi sampai petang. Tak dapat nak cover semua booth sebab terlalu banyak dan banyak tingkat nak naik turun. Nak cari booth Fixi pun kena tawaf dari satu level ke satu level.


Syukurlah akhirnya jumpa juga booth yang kakak nak pergi. Pilihan buku dia dah tentu buku novel. Pastu aku cakap, jom la pergi jumpa penulis kata nak minta sain autgoraf, sekali tak jadi hahaha. Malu katanya! Adik tak berapa minat sangat buku tebal2 ni katanya hahaha. Ye, anak no.2 kan ... :p






Tempat yang bersesak macam ni memang bukan idaman ayah diaorang. Aku je yang sanggup meredah lautan manusia dengan anak-anak. Masuk ekspo kucing pun, kitaorang bertiga je rajin berjalan dari booth ke booth. Ayahnya pening kalau berjalan sampai berlaga bahu hehe.

Dah dapat buku novel, kitaorang pergi cari buku latihan untuk kakak. Kena gak cari buku latihan untuk subjek-subjek utama terutama sains, sebab tahun ni kakak masuk aliran sains tulen. Baca buku dan hafal saja tak boleh, kena ada latihan menjawab soalan.





Nervous sebenarnya bila kakak masuk aliran sains ni. Boleh ke kakak bawak nanti? Aku selalu tanya kakak nak pergi tuisyen ke, kakak faham tak cikgu ajar di sekolah. Dah la tak pergi tuisyen, at least ada buku latihan ni boleh jugak praktis menjawab soalan disamping latihan dari cikgu di sekolah.

Aku dulu kena pergi tuisyen. Memang tak faham cikgu ajar. Bukan sebab cikgu tu yang tak pandai ajar. Tapi otak aku yang lambat pick-up haha. Lagipun kat pusat tuisyen, dapat nota lengkap berbanding dalam buku teks, so kebanyakan soalan aku rujuk dari situ je.





Dah setel beli buku, perut terasa lapar la pulak. Gerai jualan kat luar sama meriah! Macam-macam makanan ada, yang ringan yang berat. Overall, best PABKL 2023. Puas hati dapat belikan apa yang anak-anak nak. 





Tuesday, June 06, 2023

Tuesday, June 06, 2023

Sambutan Aidilfitri Di Minggu Akhir Syawal

 

Dah berapa tahun kita tak sambut raya kat opis disebabkan oleh Covid. Alhamdulillah tahun ni aku berpeluang beraya bersama kawan sekerja. Macam biasa, langkah kanan ceritanya hehe. Kebetulan balik dari syif keje malam, aku terus stay untuk memeriahkan suasana. Dah lama tak havoc dan meriah macam ni, mestila nak merasai kemeriahan tu macam dulu balik kan.


Kebetulan juga pada hari tu, geng syif wanita semua ada so lagi meriah la jadiknya. Acaranya mudah saja, sepatah dua ucapan bacaan doa dan makan! Juadah raya memang banyak tak terkata. Aku sendiri pun tak sempat nak merasa kesemua makanan, sebab perut dah sengkak dengan laksam, mihun sup, buah-bubuahan dan kek.








Semua ni akan jadi kenangan dan ingatan buatku. Selamat hari raya semua!


Monday, June 05, 2023

Monday, June 05, 2023

Majlis APC & Sambutan Raya 2023

 

Tahun ni pejabat buat dua majlis serentak, meraikan penerima APC 2022 serta sambutan raya sekaligus. Jadi, yang mana datang dari jauh dapat merasa suasana sambutan raya di sini. Kebetulan pulak aku kerja hari tu, memang langkah kanan hehe.


Sebelah pagi acara penyampaian anugerah APC. Tahun ni ramai kawan-kawan satu batch aku yang naik ke pentas menerima anugerah. Tahniah buat diaorang. Tapi ada juga yang tak dapat hadir. Mungkin sebab majlis dibuat tengah bulan belum gaji haha. Takpela, kita meraikan mana yang ada. 




Happy dapat jumpa kawan satu batch yang dah lama tak jumpa. Rasa rindu dan teringat balik memori belajar bersama dulu. Ye la, dah 20 tahun kan bukan satu jangka masa yang pendek. Ada yang hampir 20 tahun aku tak jumpa terutama yang dari Sabah. 


Bila dah jumpa tu faham-faham la, macam cerita keluar hehe. Seronok dapat berborak kisah-kisah lama, bertanya khabar dan perkembangan terbaru diaorang. Kebanyakan kawan batch aku ramai yang dah berhenti awal sebab membawa haluan sendiri. 






Walaupun cuaca panas hari tu, tapi khemah tetap diserbu. Panas pun panas la, janji makan best!







Punya banyak gambar khemah aku amik, tapi gambar makanan ada satuuuuu ja! Ya ampunnnn .... punya ralit berborak ngan kawan yang dah lama tak jumpa dan aku pun memang lapar masa tu. Yang mana sempat aku 'sambar' aku terus bedal tak amik gambar dah hahaha.


Bila dah tersedar takda gambar, barulah aku terhegeh-hegeh nak amik. Jadila gambar hidangan kambing panggang ni ha sebagai kenangan. Tahun ni kambing panggang dan satay jadi rebutan. Disebabkan terlampau banyak pilihan juadah, tak semua aku dapat merasa. Macam aku cakap tadi la, ralit sangat berborak!




Tahun ni juga menyaksikan sahabatku kak Sitty terima anugerah APC. Tumpang gembira dengan penganugerahan beliau. Niat asal taknak datang katanya, sebab tiket mahal dan belum gaji tapi gagahkan juga untuk hadir ke majlis sebagai kenang-kenangan. Congratulations kak! 


Rindu juga dengan sahabatku ini. Dulu kami 'jiran' sebelah meja. Ukhwah yang terjalin dari tahun 2016 (kot haha) masih kuat sehingga kini. Tahun 2018 kami terpaksa 'berpisah', beliau dapat transfer ke Sabah dan aku transfer naik tingkat atas hehe. Insan yang banyak membantu ketika aku susah dan menerima aku seadanya (aku kan kasar haha).


Tahniah sekali lagi kepada semua penerima APC 2022 dan selamat maju jaya!


Sunday, June 04, 2023

Sunday, June 04, 2023

Exoraku Sayang

 

Boleh dikatakan tiap-tiap bulan exoraku sayang ni mintak belanja. Bulan tiga dia mintak belanja bateri baru. Bulan empat dia mintak renew roadtax ngan insuran. Bulan lima dia suh belanjo layiiiii.


Begitulah lumrah kehidupan. Ada orang berhutang kereta, terbeban dengan bayaran bulan-bulan. Kami yang takda hutang kereta diuji pulak dengan macam ni setiap bulan haha. Apo nak buek, hadap yo lah kan 'kudo putih' ni la satu-satunyo yang kami ada buek maso ni.




Dah la tu dio buek hal time bolum gaji. Pagi tu  kami dah ready nak pergi kerja. Lepas hantar Mira, keluar dari kawasan tu nak ke sekolah kakak pulak. Tiba-tiba enjin kereta berhenti sendiri betul-betul kat lampu isyarat. Bila encik suami start enjin, tak hidup langsung dah. Assudoh! 


Hampir 5 minit jugak kami tiga beranak duduk dalam kereta. Ni kakak nak gi sekolah ni, jam dah hampir-hampir nak pukul 7.20 pagi. Nampak gaya kakak kena dicutikan la hari ni. Tiba-tiba berhenti sebuah kereta (aku dah lupa kereta apa), tanya kenapa kereta rosak. Rupa-rupanya, encik tu bermurah hati nak hantarkan aku dan kakak ke sekolah. Syukur sangat ada yang sudi membantu.


Encik suami kata biar dia stenbai kat kereta, tunggu towing truck. Aku menurut saja. Kami dua beranak pun masuk dalam kereta encik tu dan terus bergerak. Lega kakak sempat masuk sekolah sebelum loceng berbunyi. Aku pulak encik tu berhentikan dekat dengan jejantas.




Tinggallah encik suami dengan exoraku sayang. Aku kat opis pun tak tenang nak buat kerja mengenangkan encik suami masih 'tersadai' kat tepi lampu isyarat tu. Dekat pukul 10 baru dia sampai. Exoraku dibawa ke bengkel. Sah! dia mintak belanja lagi hehe.


Kali ni dia suh belanja crank sensor. Aku tak tahu la menatang ape tu, tapi itulah yang encik suami cakap. Enjin tetiba berhenti tu puncanya dari crank sensor tu la. Nak kata bateri problem, baru je tukar bulan tiga ari tu. 


Apo layi ... melayangla dua ratus ringgit hari tu huhu. Nak buek cemano dah maso dio kan. Kalau tak dibaiki, kang nak balik dengan apo. Buat encik yang tumpangkan kami tu, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak atas keprihatinan beliau menumpangkan kami dua beranak. Dalam banyak-banyak kereta kat situ, dia je la yang sudi berhenti tepi dan tanya khabar kami. 


Walaupun berlainan bangsa, tapi dia sangat ambil berat dan sudi tolong kami. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.


Wahai exoraku sayang .... jangan 'nakal' lagi ye. 

Monday, May 15, 2023

Monday, May 15, 2023

Telekung Raya

 

Niat nak belikan mak baju raya tahun ini tak kesampaian sebab saiz dan warna yang terhad. Susah rupanya nak cari plus size kat KL ni ye. Kalau ada pun kainnya labuh confirm kena potong. Tak sempat dah nak bawak kat tukang jahit.


Lalu aku teringat mak masih pakai telekung lama warna putih tu. Ok, fine kalau takda baju raya mak kat KL ni, aku belikan mak telekung raya. That's it! One way or another mak mesti dapat pakai yang baru untuk raya tahun ni. 


So, malam raya tu aku jalan di lorong-lorong kecil di Jalan TAR yang jual tudung dan telekung. Sepasang lima puluh ringgit, dua pasang sembilan puluh ringgit. Aku beli 2 pasang , satu warna coklat cair satu warna navy blue. Just in case mak tak berkenan kaler terang boleh amik kaler gelap atau sebaliknya. Lega sangat bila dah dapat telekung. Barulah boleh balik mengadap mak.




Mula-mula mak tak nak pakai telekung baru ni. Aku tanya mak dah pakai belum telekung raya anim belikan tu. Nak simpan katanya, kalau telekung lama tu dah koyak atau lusuh teruk baru pakai yang baru. Mula la aku nak membebel ni haha. Anim beli telekung untuk mak guna start raya ni bukan untuk simpan.


Yang lama tu sepatutnya disimpan. Kalau mak pakai yang ni tak selesa mak boleh tukar balik pada yang lama. Begitulah aku membebel haha. Syukur mak suka dengan telekung raya ni. Selesa sangat Nim, mak tak perlu nak tolak rambut depan ke belakang lagi dah. Memang elok dia grip dari kepala sampai pipi.


Haaa tak sia-sia aku membebel. Kalau tak dipaksa pakai memangla tersimpan je dalam almari tu.



Happyyyyy giler mak suka dengan telekung baru. I'm sorry mother Anim tak dapat cari baju raya tuk mak. Mak pun tak merungut redha je ape anak dia belikan tuk dia. Tak beli pun takpe, tau anak dia macam mana. InsyaAllah selagi doa mak ada, Anim akan terus berusaha!

Friday, May 12, 2023

Friday, May 12, 2023

Syawal Pertama Kami 2023

 

Cukup 30 Ramadan, tibanya Syawal yang dinanti. Tahun ini pasti lebih meriah sebab orang ambil peluang untuk pulang ke kampung beraya bersama yang tersayang. Lebuhraya dah mula sesak seawal tiga hari sebelum raya. Kami hanya mampu tengok kawan-kawan update di media sosial dalam perjalanan balik kampung. Ada yang stuck dalam jem berbelas jam. Ada yang dah sampai awal. Ada yang tengah shopping barang nak masak lauk raya.

 

Macam biasa malam raya aku keje, esoknya dapat rest sekejap. Jadi kami ambil peluang ini untuk bergambar kat opis menggunakan prop raya yang diaorang dah set up awal-awal kat lobi untuk bagi mood beraya :p

 

Tema warna baju raya kami tahun ni navy blue. Memandangkan plan asal nak kaler coklat tapi susah nak jumpa corak yang sesuai, maka kami ubah jadi navy blue. Prop kat opis memang sesuai untuk bergambar satu family. Macam-macam pose kami buat tapi aku letak yang sesuai je la untuk blog hehe.

 

Lepas bergambar kami gerak balik ke kampung halaman. Perjalanan amik masa 2 jam selalunya, tapi pagi raya jalanraya tetap banyak kenderaan! Dua jam jadi tiga jam setengah.


 

Sesaknya sampai ke tol Ayer Keroh. Tapi lepas tu lengang sedikit sebab orang kampung masih duduk dalam rumah melayan tetamu. Masa ni pun dah tengahari. Perut masing-masing dah minta diisi. Agak-agak mak larat ke masak sorang-sorang tu.

 

 

Sebelum sampai umah mak, kami singgah 'umah' abah kejap. Last jenguk bulan 1 lepas tu asyik tak sempat je. Alhamdulillah pokok pon tumbuh subur meninggi. Kehilangan yang sangat dirindui. Lain raya tanpa orang tua ni. Hilang separuh keceriaan. Rindu dengar suara abah, rindu nak makan ngan abah di pagi raya, rindu tengok abah balik dari sembahyang raya di masjid. 

 

Walaupun tak berapa meriah sebab tak boleh berkumpul adik beradik, tapi mak tetap tak keseorangan. Aku tak nak mak rasa kesunyian, sebab tu walaupun dapat off 1 satu hari aku akan balik kampung jugak. Dapat beraya ngan mak sekejap pun ok dah. Lepas tu aku tinggalkan anak-anak di kampung sambung beraya ngan uwan diaorang. Aku dan encik suami kena naik KL semula esoknya sambung kerja. 

 


 

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di kampung. Ingatkan pagi-pagi takda orang nak datang beraya rupanya mak cakap ada sepupu datang beraya dah kat rumah. Tapi kami tak sempat bersua sebab kami sampai dah tengahari.

 
 
 

 

Dah salam dan bergambar dengan mak, jom masuk dalam! Panaih ching ching waktu ni. Pergi kat dapur ingat nak sinsing lengan baju nak tolong mak masak, rupanya mak cakap semua lauk raya dah siap pon. Fuh! mak masak sorang-sorang semalam😢

 

Aku dah cakap tunggu aku balik kita masak sama-sama, tapi mak kata mak larat masak tapi perlahan-lahan la. Allahuakbar .... rendang daging, sup tulang, nasi impit dan kuah lodeh air tangan mak etonku sayangggggg.

 

Dari KL aku bawakan lemang dan rendang daging air tangan encik suami. Ada juga makanan dari jiran bagi. Memang kami melantak habis-habisan aritu hahaha. 




Alhamdulillah untuk rezeki dan nikmat di hari raya. Syukur sangat walaupun tahun ni kena kerja, tapi masih sempat beraya ngan mak dan boleh makan makanan yang mak masak. Aku sebenarnya tak berharap mak masak sorang-sorang, tapi syukurlah mak tak mengadu sakit hanya lenguh sikit sebab kena kacau rendang tu kan.

 

SELAMAT HARI RAYA EVERYONE!

 

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.